Klik utk belanja Amsyar

Isnin, 21 Mac 2011

Aku nak buat PAP SMEAR tp aku takut..macam mana???

mak aihhh..panjang no tajuk kan... td aku baca status kawan aku kat FB..dia buat pap smear..aku usha2 tanya dia..dia kata macam kena seluk masa nk beranak.. mak aihhh..aku dah lah tak ada pgalaman kena seluk nih hah yang oi..macam mana rasanya yee.. katanya seluk masa nk beranak lagik sakit..yg ni tak sakit..ye ker..????...

so aku pun mengoggles pasal pap smear nih..penting beb kalo ko nk idup lama macam aku..tp yg sadisnya semuanya bahasa indon..aku tak paham dong!!!..pening pale aku nk baca bagi paham..kalo dalam english penat lak aku nk translet ke bm kan..dah lah aku english terer lah sgt...... akhirnya dapat gak *kesat peluh*

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina

"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
 

1 ulasan: