Klik utk belanja Amsyar

Selasa, 8 Mac 2011

ANAK dan MAK

Bila pegang title MAK, maka bersedia la untuk berkorban tenaga, masa dan segala2nya hanya untuk insan yg bernama ANAK. Nak goyang2 kaki sambil jilat ice cream kegemaran, nk baring2 tido sampai puas depan tv bawah kipas, nk main internet sampai xjumpa nasi. Jangan harap! Tiada dalam kamus hidup seorang MAK. Makan cepat2, mandi cepat2, masak cepat2 dan segalanya cepat2, yang tu ada.

Bagi Aku: Mmg kalo jadik mak ni semua nak cepat jerk..tak kiralah masa tu anak ko tgh tido nyenyak ker apa..ko still gak buat kerja cepat2 sbb nak ulit anak..nk tatap muka dia 24/7.. pastu kalo anak kat umah pgasuh..ko cepat2 gak nk amik dia sbb nak gomol2 cium2 budak masam tu...

Yg MAK tahu, bangun pg pam susu utk ANAK. Sedia bekal ANAK. ANAk bangun, tukar lampin ANAK, bagi ANAK minum dulu sebelum usung ANAK hantar ke rumah pengasuh. Selama tinggalkan ANAK, dari jam 8 pg sampai 5 ptg, ANAK adalah dalam fikiran. ANAK tgh buat apa, dh minum susu ke belum, menangiskah dia, mengamuk kah dia, tidur ke tidak. Macam-macam la yang MAK fikir termasuk nk berhenti kerja nk jg ANAK tp xboleh sbb income cukup2 makan jer.

Bagi Aku: Kdg2 tu kesian tau nk kejut anak pagi2..sbb nak bagi dia tgk muka aku dulu sblm dia tgk muka org lain..so dia tahu..ohw ini ibu aku..tu ayah aku.. pastu cium puas..gomol2 lagik..lagik masam bau dia lagik best..serius ok,.. rasa macam nk bawak jerk baju budak masam tu p opis..kalo rindu leh cium..bestnyaaa...

Bila petang, xsabar2 menghitung jam bila nk tepat kol 5. Nk balik jumpa ANAK. Bila sampai waktu, ketuk pintu rumah pengasuh, hati gembira bila lihat muka si ANAK. Usung ANAK naik rumah, gomol2 dulu sekejap then susukan ANAK. Masak?? Ikut kata suami. Suami kata masak, kita masak. Kalau suami kata "mcm dh kenyang la". Maka tau la xnk masak pun xmengapa. Jd instead of cooking, tgn yg spttnya pegang kuali dan senduk akan bertukar memegang ANAK. Golek2 depan TV sambil agah2 ANAK adalah sangat best sambil2 main flash card kalau rajin. Kalau perut sendiri yg lapar, pandai2 la buat yg simple, pandai2 la cari apa yg boleh ditelan dgn segera kalau mmg dh malas sangat nk basuh beras.
touching!!.. pic from googles

Bagi Aku: Aku selalu buat muka masam kalo laki aku amik lambat kat opiz..maklumlah laki aku ni selalu meeting last2 minit..pastu jumpa subcon lah..arkitek lah..pape jelah.. tu yg kdg2 terlambat terlajak..sian anak kan..mlm baru dapat jumpa mak apak.. pastu mlm tidur dah ngantuk..berapa jam lah sgt jumpa mak apak nya.. sbb tu kalo leh aku masak yg simple2 jerk..atau tak masak pun beli sudah..yelahh.. anak tu kecil lagik..of course dia nk sgt perhatian dr ko.. pedulik lah org nk kata ko malas masak ker apa..family ko kan..pandai2 lah ko handle..anak sgt penting ok!!

Bila malam menginjak, MAK bertugas lagi. Basuh segala botol susu ANAK dan gadjet mengepam susu ANAK untuk kegunaan esok hari. Sementara MAK buat kerja tu, si ANAK subcon pd ayah. Biarkan ayah pula bermanja2 dgn ANAK. Usai basuh membasuh, ANAK kembali pd MAK bila ayah berkata " nah, g kt ibu pulak..g tido ngan ibu" Dengan rela hati, MAK amik bawak masuk bilik. Usaha la MAK nk tidurkan ANAK. Kalau ANAK mengantuk mmg senang nk tidurkan dia, bg neneng xlama lepas tu lelap la dia. Kalau mood ANAK masih nk bukak kedai kopi, maka MAK akan turut serta bukak kedai kopi..bersembang sampai ANAK sudah sampai level mata kuyu. Kalau ayah mcm nk join sekali, jadi la perbualan hangat 3 beranak dalam bilik gelap.

Bagi Aku: Ni mmg betul..kdg2 tu org pegang bila budak tu diam jerk..bila budak tu gelak2 jerk..bila budak tu dah nangis semua p campak kat mak dia.. bila budak tu diam semua amik..bila nangis..nah p kat mak ko.. sian mak tu kena pujuk anak..kerja lain tak selesai2.. tp sbb anak priority kan.. takper.. 

Bila ANAK tidur, dan MAK terasa xmengantuk lg, MAK akan sediakan pakaian ANAK dlm beg kalau xbuat lg bila balik kerja. Itu kerja senang, 1 min pun siap. Kalau rajin, bekalan susu ANAK dimasukkan dlm botol siap2 dan kalau malas, pg esok sudah. Kemudian MAK akan teruskan misi melipat kain yg dh diangkat beberapa hari tp masih setia dalam bakul. Setel semua, MAK akan layan facebook pulak, bukak email, bukak blog, BW kejap. Sampai jam berapa, itu bergantung. Paling lewat masa yg dicatat setakat ni jam 1 pg.

Bagi Aku: Jgn harap nak layan blog, FB kat umah. Lagi best rasanya tatap muka anak masa dia tgh tido..tgk mimik muka dia.. cium dia..usik2 dia..hahahaha..yg lain2 dah tak keutamaan dah..sbb tu aku terminated aku punya broadband kat umah.. 

Agak2 mengantuk dan letih, MAK masuk join ANAK yg dh berubah posisi tidurnya. Kesian MAK, ruang yg ditinggal oleh ANAK sikit jer. Terpaksa la MAK mengempiskan diri, pandai2 la selit ruang yg ada. Pelan2 panjat katil takut ANAK terjga. Agak2 dh selesa, dah boleh betulkan segala sendi dan bernafas dgn selesa, maka berakhir la hari seorang MAK. Rutin akan kembali seperti biasa pd keesokan hari..

Bagi Aku: Hah!! ni mmg betul..anak aku bukan main lasak lagik tidur.. kdg2 space dah tinggal sket tu aku..mak tidur hujung2 jerk pastu perlahan taknak anak terjaga..sbb tgk anak tidur syok sgt tak sampai hati nk kejutkan dia.. nk suh tidur kat baby cot sian lak sbb dia mmg bergantung kalo nk tidur.. no..no susu formula or botol ok kalo ibu ada..katanya..

Begitu la seorang perempuan yg digelar MAK bila dia punyai ANAK..Seluruh hidupnya, tiap denyut jantungnya dan tiap hela nafasnya adalah untuk insan yg bergelar ANAK. Biarpun sedikit tp semuanya dilakukan untuk ANAK..

Kalau ANAK sakit?

MAK2 yg pernah berpengalaman menjaga ANAK sakit tentu tahu berapa jam anda tidur, berapa lama ANAK berkepit ngn anda dan sejauh mana ketahanan mental dan fizikal anda. Tidak kira sakit sekadar demam cuma atau sakit sehingga ditahan wad, pasti walau tidak banyak tp akan terdetik juga di sudut hati biar la MAK yg tanggung kesakitan ANAK, biar la MAK yg merasakan kesakitan itu. Bukn tak sanggup nk jg anak sakit tp xsanggup nk lihat derita ANAK. Hati luluh bila tangisnya bersedu kerana selama ini sentiasa dihidang dgn tawa riang dan senyum gembira. Tiap masa berdoa biar anak kembali sembuh, kembali ceria dan kembali bertenaga.

Begitu la rasa MAK terhadap ANAK. Itu la bonding yg telah diciptakan oleh Ya Rabb Yang Maha Agung. Bertuahnya MAK kerana menjadi insan terhampir bg ANAK. Bertuahnya MAK kerana ANAK title 'MAK' dipegang hingga hujung nyawa. Alhamdulillah, syukur pdaMu Ya ALLAH kerana aku dapat title penuh nikmat itu...

*ni aku copy dr aziyana.. mmg semua mak2 kat dunia ni melalui rutin harian yg sama ke kan??.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan