Klik utk belanja Amsyar

Jumaat, 18 Mac 2011

ANAK

Sbb namanya rojak kerana entri ini bercampur2 ikut sesuka hati aku.. rsanya sejak preggy aku dh tak menulis apa2..dgn alahan yg teruk dan pelbagai perubahan pada kehidupan aku..mbuatkan aku malas nk menulis.. lagipun aku ni jenis berterus terang.. kalau selalu sgt tulis ada pulak yg sentap karang.. hahaha. Ohw.. lupa.. aku mahu kabarkan yg aku dh pun menuju ke trimester yg terakhir.. rasa mcm baru semlm aku terima perkhbaran yg aku berbadan dua.. Alhamdulillah walaupun pgalaman utk mjadi seorg ibu itu tak semudah yg disangka tp ianya amat myeronokkan..lbh seronok bila ramai ibu2 yg turut mengandung seperti aku jadi banyak yg kami kongsikan dan saling berdebar menanti kelahiran permata hati masing2..kpd yg masih menunggu giliran, jgn rasa sedih atau putus asa.. Dia lbh tahu apa yg diaturkanNya.. opss..kebetulan aku bercakap pasal permata hati, aku nk kongsi satu pendapat.. aku tak tahulah sama ada pendapat aku ni diakui atau diterima oleh org lain tp bagi aku, itu hanya pendapat.. tp mungkin agak ke 18Sx la.. bagi aku, bagaimana hebatnya seseorg diranjang atau betapa expertnya dia dalam bab2 hub kelamin ni.. tak menjamin yg mereka akan mudah memperolehi zuriat.. opss.. jgn pk yg aku berkata tentang sex ok.. baca sampai habis dan anda semua akan tahu apa yg ingin aku sampaikan.. anak itu anugerah Allah yg kita sendiri tak tahu bila Dia akan berikan pada kita.. ada yg terpaksa menunggu berbulan2..bertahun2.. dan mungkin selama2nya.. tp apa2pun jgn lah kita putus asa kerana setiap usaha yg kita lakukan akan dikira oleh Allah. Kdg2 ada juga pasangan yg subur tapi masih tak dikurniakan zuriat. Jadi kita sbg manusia jgnlah perlekehkan pasangan yg masih tak dikurniakan permata hati ini. Sbbnya, semua pasangan yg telah bernikah secara sah, pastinya kedatangan zuriat adalah saat2 yg paling dinanti2kan.. kata2 yg berupa sindiran atau pertanyaan yg bertubi2 hanya akan melemahkan atau mengecilkan hati mereka. Sbb itu aku lbh suka bertanya hal sebegini melalui mesej saja.. kalau publish di wall, pasti byk pula ceritanya..cuba letak diri mrk pada diri kita.. pasti kita sendiri pun tak tahan nk melayan pertanyaan yg bertubi2 dr org sekeliling.. sedangkan isu anak ini bukan seperti menanam pokok cili.. taburkan benih dan siram. Tp ianya lbh dr itu ok.. dan perlukan kesabaran yg sgt tinggi antara dua belah pihak.

Perubahan tika dialam kehamilan benar2 menguji pasangan yg baru berkahwin dan dialami oleh aku sendiri. Mood yg berubah-ubah tanpa sebab.. sbnarnya ada cerita mgapa aku bercerita pasal zuriat ini.. baru2 ni aku ader TERbaca ten seseorg yg mengata tentang aku dgr mgelarkan aku mak buyung ekspress.. aku??.. langsung tak terasa dgn kata2 bodoh manusia ni. Sbb aku bersyukur sgt2 kerana aku diberi keizinan oleh Allh utk merasai alam kehamilan yg mmg aku nanti2kan.Aku mengandung selepas sebulan bernikah dan aku rasa itu satu waktu yg agak lama juga. Aku mmg berharap utk memiliki anak dlm masa terdekat. Dan aku selalu berdoa supaya aku dikurniakan anak secepat yg mungkin. Alhamdulillah, akhirnya impian aku menjadi kenyataan.Walaupun alam kehamilan tak semudah yg aku fikirkan, tapi sebagai wanita yg menyayangi anaknya, aku rasakan pgalaman itu lbh dr seronok dan tak mampu utk diungkapkan dgn kata2. 

Apatah lagi bila aku merasainya buat kali pertama. Gerakan kecil yg aku rasai ketika kandunganku berusia 5 bulan amat menyentuh hatiku.Dan sekrg, gerakan kecil itu telah menjadi semakin hebat apatah lagi bila malam menjelang. Aku rasa seronok dan gembira bila 'dia' seronok bermain2 dan mendiamkan diri bila mendengar suara lain selain dari suara aku. Dan, 'dia' akn bermain semula selepas suara asing itu benar2 hilang. Seronok bukan??.. itulh terapi yg aku miliki selama ini. Aku tak kisah dgn apa yg org kata, umpat atau bualkan ten. aku. Aku khayal dlm dunia aku sendiri. Setiap mlm, aku akan bersendirian dgn 'dia' tanpa gangguan sesiapa termasuk suami aku sendiri. Dan, suami aku pun seakan tahu aktiviti aku itu.. bila aku marah, sedih.. dan gembira, 'dia' pasti akan bertindak balas.. kdg2 membuatkan aku tak jadi pula nk marah. 'Dia' tmpt aku meluahkan perasaan. Dan selalunya 'dia' akan memberi respon tentang apa yg aku luahkan. Betapa seronoknya pengalaman itu.

Sbb itu, aku tak amik hati dgn kata2 manusia yg dengki dan iri hati sehingga mgelarkan aku begitu dan begini. Aku membawa zuriat dr lelaki yg aku sayangi dan cintai.. aku membawa seorg lagi khalifah Allah di bumi ini.. dan yg penting aku membawa zuriat yg mmg sgt2 aku impikan. Jadi mengapa aku harus amik pusing dgn kata2 manusia yg berpelajran tinggi tapi masih kuno dan bodoh?.. adakah dia sbnarnya dengki dgn apa yg aku perolehi?.. sejujur2nya aku tak pnh merasa iri hati dgn manusia lain sbb aku percaya dgn rezeki yg telah Allah tetapkan kepada aku. Aku bersyukur dgn apa yg telah Dia berikan pada aku suami isteri. Biarlah bagaimana susah atau senang kami, kami tetap gembira dgn nikmat2 lain yg ada. Dan mendoakan yg lain juga mendapat nikmat dariNya. Dan kerana zuriat ini juga aku selalu teringatkan ibuku.. baru aku tahu pengorbanan dan susah payah dia tika mengandung, melahirkan dan membesarkanku. Itu juga yg selalu aku pesan pada suamiku. Betapa besar kejadian yg Allah ciptakan.

Kita tak kan paham sesuatu perkara itu sehingga kita sendiri merasainya. Tinggal beberapa bulan saja lagi aku akan melahirkan. Pasti aku akan merindui saat2 'dia' berada di dalam rahimku. Aku berharap semuanya akan berjalan dgn lancar dan sempurna. Kepada kawan2 yg masih belum diberikan rezeki, sabarlah dan byk2 berdoa. Jgn putus asa atau terasa hati dgn kata2 manusia lain tentang diri kita. Kerana segalan kejadian di muka bumi ini hanya Dia yg berkuasa menentukannya. Hargai hidup dan nikmatinya sepuas2nya. Kepada kawan2 ku yg berbadan dua.. semoga kalian diberi kesabaran yg tinggi dalam melakukan pegorbanan ini.. beranaklah selagi mampu dan berikanlah didikan yg sempurna kpd mereka agar mereka menjadi manusia yg mampu kita banggakan serta menjadi penyambung generasi kita di muka bumi ini...kerana nikmat menjadi seorg ibu tak dapat dijual beli di mana2.. hatta dgn memiliki harta dan wang berjuta2 sekalipun..  ;)

Anak yg ibu kandungkan sehingga 38week

Tiada ulasan:

Catat Ulasan