Klik utk belanja Amsyar

Isnin, 14 Mac 2011

BPA @ FREE BPA

Nasiblah aku ini ibu yang BEKERJAYA kan.. so alert skit lah pasal hal2 macam ni..masa aku mgandungkan Amsyar, aku gali byk2 ilmu tentang mgandung, anak dan keibu bapaan. Oleh kerana aku nk yang terbaik tuk anak aku so aku tak lah berkira nk beli brg yg berkualiti tuk anak aku. Korang baca tak pasal botol susu yg ada BPA tu?.. sebenarnya kalau kat negara luar perkara ni dah lama diperkatakan cuma kat Malaysia ni mungkin tak berapa org kesahkan kot..aku pun tak paham sgt sbnarnya tapi yg aku tahu batol BPA ni mmg tak elok tuk baby..ada bahan kimia gitu..so mmg aku reject lah terus2an botol yg ada BPA..murah mmg murah tapi utk anak harus yg terbaik ok..

ni lah botol yg ada BPA tu..
kalau korang nak tahu botol yang ada BPA ni berkilat..kalo botol free BPA dia macam kabur2 sket.. mula2 aku pelik gak apasal botol AVENT Amsyar kabur2 kan..puas aku cuci..tetap kabur2..so bila aku baca tentang perbezaan botol BPA dgn Free BPA..ohww..gituuuu...kataku di dalam hati..

Antara botol2 yang FREE BPA :

1. Avent
2. Nuby
3. Sassy Mam
4. Evenflo
5. Medela
6. Tommee Tippee
7. Playtex
8. Munchkin
9. Green to Grow
10. Born Free
11. Gerber
12. Think Baby

 So, kalau korang yg nak ada anak..atau yang dah ada anak..cubalah alert tentang perkara2 macam ni. Mmg botol yg Free BPA tu mahal tp utk kesihatan anak jangka panjang takyah lah nk pk2 sgt..berkira2 sgt.. kalau anak dah sakit sbb kecuaian dan kebakhilan kita tu lagi haru..tp aku rasa ada gak botol Free BPA yg murah2 kot macam jenama Bumble Bee tu kan..murah jerk tu aku rasa sbb aku guna botol tu tuk simpan susu perahan tuk Amsyar..siap tulis Free Bpa lagikk...

tgk Amsyar minum susu main2.. lagik suka layan kipas yee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan