Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 13 Mac 2011

Kalau anak selsema / flu

SELSEMA DAN FLU
Pasti semua ibubapa akan risau jika si kecil anda menghadapi Selsema atau Flu.
Semua kanak-kanak sekali-sekala mendapat selesema dan serangan flu. Sebaik sahaja anak anda berhubung dengan kanak-kanak lain, dia mungkin kelihatan menghidap selesema selepas sembuh daripada suatu selesema. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus. Apabila anak anda meningkat dewasa, dia akan mengembangkan rintangan terhadap banyak virus.
 Sekiranya anak anda mengalami hingus yang meleleh, tekap perlahan-lahan dengan menggunakan sehelai tisu untuk mengelakkan hidungnya daripada menjadi sakit disebabkan pengelapan yang kerap. Buang tisu tersebut dengan segera untuk mencegah jangkitan daripada merebak.
Apakah selesema?
Penyakit yang mungkin paling biasa dialami, selesema merupakan suatu jangkitan yang menyebabkan gangguan pada hidung dan kerongkong. Kanak-kanak tidak mendapat selesema hanya kerana sejuk, contohnya disebabkan terkena hujan atau kakinya basah. Walaupun bukan penyakit yang serius, selesema patut dipandang lebih serius apabila berlaku pada bayi dan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa kerana risiko berlakunya jangkitan dada atau telinga semakin meningkat. Sekiranya anak anda mendapat ruam di samping gejala selesema yang biasa, dia mungkin menghidap rubela atau campak.
Gejala selsema
  1. Hidung meleleh atau tersumbat serta bersin.
  2. Suhu yang meningkat sedikit.
  3. Sakit kerongkong.
  4. Batuk.
Apakah yang mungkin doktor lakukan?
Sekiranya bayi anda mempunyai masalah penyusuan disebabkan hidungnya yang tersumbat, doktor anda mungkin memperskribkan titisan hidung untuk diberikan kepadanya sejurus sebelum sesuatu penyusuan.
Titisan hidung dan dekongestan (ubat pelega sumbatan)
Gunakan hanya apabila doktor anda telah memperskribkan ubat ini. Jangan menggunakan bahan ini lebih daripada tiga hari kerana jika digunakan berlebihan, penghasilan mukus boleh meningkat yang akan menyebabkan hidung anak anda lebih tersumbat.
 Sinusitis
 Sinus merupakan rongga yang berisi udara di tulang muka. Lapisan hidung berlanjutan hingga ke dalamnya. Oleh itu, bahagian ini akan mudah selepas suatu selesema. Jangkitan sinusitis ini menyebabkan kesakitan muka, tetapi sinus kerap dijangkiti tidak akan berkembang anak anda tiga atau empat tahun. Oleh itu. tidak mengalami sinusitis sebelum usia itu.
 Apakah Flu?
Flu (dikenal juga sebagai influenza) memrupakan penyakit mudah berjangkit yang disebabkan oleh beratus-ratus virus yang berlainan. Penyakit ini cenderung berlaku dalam bentuk wabak setiap dua atau tiga tahun, apabila sejenis virus baru timbul dan manusia masih belum mempunyai pelalian terhadapnya. Jika anak anda menghidap flu, dia akan mengalami gejala sehari atau dua hari selepas jangkitan, dan mungkin tidak sihat selama kira-kira tiga atau empat hari. Dia mungkin berasa begitu sakit sehingga bendak berada di katilnya kebanyakan masa, dan mungkin berasa lemah selama beberapa hari selepas suhunya turun. Ada kanak-kanak yang mendapat jangkitan dada seperti bronkitis atau pneumonia selepas menghidap flu.
 Gejala Flu
  1. Suhu meningkat.
  2. Sakit kepala.
  3. Sakit seluruh badan.
  4. Rasa menggeletar.
  5. Hidung meleleh.
  6. Batuk.
  7. Sakit kerongkong.
 Apa yang boleh saya lakukan jika anak menghadapi selsema dan flu?
  1. Ambil suhu anak anda dan berinya ubat eliksir parasetamol untuk mengurangkan demamnya jika perlu. Pastikan dia minum dengan banyak, terutamanya apabila suhu badannya tinggi. Beri anak anda air didih yang telah disejukkan. Tetapi jangan paksa dia makan sekiranya dia tidak lapar. Satu minuman sebelum tidur mungkin dapat membantu memastikan hidungnya tidak tersumbat pada waktu malam.
  2. Lumurkan krim rintangan, contohnya zink dan krim minyak jarak, dibawah hidung dan di sekeliling lubang hidung anak anda jika bahagian berkenaan telah menjadi merah dan sakit disebabkan lelehan hidung yang kerap atau pengelapan yang kerap.
  3. Sekiranya anak anda berusia lebih daripada setahun, sapukan ubat sapuan dada bermentol pada dadanya sebelum dia tidur.
  4. Renjiskan satu atau dua titisan mentol pada baju tidur atau sapu tangan anak anda. Selitkan sapu tangan tersebut di tepi tilam, di bahagian atas buaian atau katil.
  5. Sekiranya bayi anda mengalami selesema, dia akan berupaya bernafas dengan lebih mudah sekiranya a menaikkan sedikit bahagian atas tilam  katilnya. Letakkan sebuah bantal kecil  atau sehelai tuala berlipat di bawah tilam. Kemudian baringkan bayi anda dalam buaiannya supaya kepala dan dadanya tinggi sedikit.
  6. Pastikan bilik anak anda hangat, tetapi pastikan juga udaranya tidak terlalu kering kerana bernafaskan udara yang sangat kering mungkin tidak menyenangkan. Gunakan alat pelembab jika ada atau gantung sehelai tuala basah di dalam bilik anak anda untuk menambahkan kelembapan udaranya.

SEKIRANYA ADA TANDA KECEMASAN
Dapatkan pertolongan kecemasan dengan serta-mera sekiranya anak anda mendapat ruam yang berbentuk tompok darah leper berwarna merah tua atau ungu (ruam petekia).

MENGHUBUNGI DOKTOR
Minta nasihat doktor anda secepat mungkin sekiranya anak anda berusia kurang daripada satu tahun, atau kelihatan sungguh sengsara dan tidak sihat, atau mengalami sebarang gejala berikut:
  1. suhu melebihi 39°C (102.2°F).
  2. pernafasan yang termengah-mengah, cepat atau sukar.
  3. sakit telinga.
  4. kerongkong sakit sehingga penelanan menyakitkan
  5. batuk yang serius.
  6. tiada kemajuan selepas tiga hari.


SOALAN & JAWAPAN
"Patutkah anak saya divaksinkan terhadap flu?"
Sekiranya anak anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan dada selepas suatu serangan flu, menvaksinnya mungkin idea yang baik. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda. Ini akan melindungnya daripada flu selama kira-kira setahun. Walau bagaimanapun, disebabkan jenis virus yang baru muncul setiap dua atau tiga tahun, vaksin tersebut (yang hanya boleh dihasilkan daripada bentuk virus yang sedia ada) tidak akan dapat member! perlindungan sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan