Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 13 Mac 2011

Pendidikan anak2

Cuba kita menjadkan diri kita berada dalam situasi seorang bayi kecil yang baru dilahirkan ke dunia. Dalam keadaan masih belum mengerti apa-apa, semuanya adalah asing. Yang hanya dikenali adalah ibu dan kehangatan pelukan ibu. Apabila sedikit demi sedikit diperkenalkan dengan dunia, persepsi awal terhadap dunia adalah suatu yang sangat penting dalam menentukan sikap yang akan kita letakkan dalam menghadapi dunia baru ini.

budak montel seksi


Seandainya hari-hari awal kita di dunia ini kita dilayan dengan baik, kesakitan dan yang tidak selesa dihapuskan dengan cepat. Setiap kesusahan dibantu oleh ibu dan ayah. Maka kita akan membiasakan diri dan menanam keperibadian positif, kerana mempercayai bahawa dunia ini penuh dengan kebaikan dan keselesaan. Bayi ini akan nantinya membesar menjadi seorang yang tidak takut mencuba dan positif kerana percaya, apapun yang berlaku, dia ada seorang ibu dan ayah yang akan sentiasa membantunya. Tanda-tanda bayi yang seperti ini adalah dia mudah senyum, mudah ketawa, aktif bergerak ke sana-sini, suka mencuba, suka bercakap dengan kuat, percaya dengan kemampuan diri, tidak takut pada orang lain dan sebagainya.
Berbanding seorang bayi yang selalu ditinggalkan, kurang diperdulikan dan kurang disayangi, akan menanamkan banyak pengalaman perit dan pahit mengenai dunia ini dan akan mengambil sikap sangat berhati-hati dalam apa pun perkara. Tanda-tanda bayi yang seperti ini adalah mereka menjadi murung, selalu meraung, takut ditinggalkan, sangat takut kepada orang yang tidak dikenali, dan sebagainya.
Sebagaimana kalau kita baru sampai di suatu kawasan yang asing, pengalaman awal yang kita lalui di situ sangat menentukan sikap kita di hari-hari kemudiannya nanti, begitu jugalah seorang bayi. Kalau baru-baru sampai sahaja kita telah dilayan dengan begitu baik dan ramah, semua orang hidup dalan kejujuran, semua saling bantu membantu, maka kita akan juga menjadi peramah dan mudah percaya pada semua orang lain, berbanding kalau mula-mula sampai, beg kita dicuri, kemudian kita dimarahi dan di maki-maki, bagaimana agaknya sikap yang akan kita ambil dengan masyarakat di kawasan itu?

Berhati-hati bagi seorang bayi menjadikan dia kurang berani untuk mencuba dan belajar sesuatu yang baru. Menjadikan dirinya takut dan memandang negative terhadap persekitarannya. Walaupun mungkin bayi ini lebih mudah dijaga sebab kurang meneroka dan ke merata-rata tempat, dan lebih takut kepada kedua orang ibu bapa, namun dari sisi yang lain, mereka yang kurang meneroka akan kurang bijak, dan kurang berani dalam menghadapi hidupnya di kemudian hari.

Mengajarkan bahaya kehidupan di dunia Memang penting, namun ianya boleh dilakukan di kemudian hari, selepas mereka diajarkan dahulu perkara-perkara positif lain yang ada di muka bumi. Lalu pemikiran mereka diperkenalkan kepada kebaikan dan positif berbanding perkara negatif.
Begitulah kaedah pendidikan yang diperkenalkan oleh islam, basyiran iaitu memberi khabar gembira perlu di dahulukan berbanding naziiran, iaitu memberi ancaman buat mereka yang tidak mahu patuh.

Di situlah pentingnya kita memberikan seluruh kasih-sayang, seluruh perhatian dan memberikan ruang yang selamat untuk mereka di hari-hari awal kehidupan mereka. Kerana hari-hari awal itulah yang akan menentukan sikap yang akan mereka letakkan dalam seluruh kehidupan mereka nantinya. Adakah mereka akan menjadi seorang yang positif dan berani mencuba atau menjadi takut dan sangat berhati-hatii dalam segala perkara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan