Klik utk belanja Amsyar

Khamis, 17 Mac 2011

Syahdunya hati ibu nak...

Hari isnin hari tu..tetiba aku rasa sedih jerk masa hantar Amsyar kat umah mama.. masa aku bagi Amsyar kat mama tu..mata Amsyar membuntang besar.. pastu dia tgk jerk aku pergi sambil hisap jari.. sedihnya....

Masa tu gak aku nangis2 kat suami aku.. suami aku macam biasalah..dia diam saja..yelah mungkin dia taknak nnti bila dia layan..aku makin mjadik2 kan..

Amsyar..ibu pergi kerja tau..bukan pergi jalan2..bukan pergi seronok2 tinggal Amsyar kat nenek.. kalau lah opis ibu tu boleh bawak anak..dah lama ibu angkut Amsyar sekali tau.. 

Subhanallah.. Allah bagi aku rasa kasih, sayang dan cinta pada anak terlalu banyak. Serius banyak. Aku rasa tenang bila tgk muka Amsyar.. bila dia tidur aku suka tatap muka dia..mimik muka dia yg berubah2 bila aku cium..bau masam dia adalah bau paling wangi yg aku jumpa..bila dia nangis..aku cepat2 peluk dia..usap2 rambut dia..aku langsung tak mgeluh, tak marah bila dia mganggu tidur lena aku..aku berubah 100% demi seorang manusia bernama anak. Walaupun dia mguji kesabaran aku..tapi aku ttp boleh bersabar kerana dia anak aku..anak yg aku kandung 9 bulan..anak yang aku bawa ke hulu hilir tika dia masih di dalam rahim..anak yg berkongsi sedih dan suka bersama ku..anak yg membesar dlm diriku.. berkongsi nafas bersamaku..

Aku tak tahulah macam mana kan kalo Allah tak bagi aku rasa kasih, sayang dan cinta pada anak2 aku. Sanggup ker aku nk melayan mereka..mencuci najis mereka..menemani saat2 susah senang mereka?..memeluk mereka dgn penuh rasa sayang? betapa besarnya kuasa Allah.. betapa beruntungnya aku kerana dipilih Allah utk mgasihi anak aku sebanyak2nya.. bayangkan kalo Allah tak beri kasih itu pada aku..mesti aku dah buang anak aku tanpa rasa belas kasihan..mesti aku tegar bila anak aku kena gigit semut..kena gigit anjing..Ya Allah..bersyukurnya aku kerana dipilih Allah utuk menerima kasih, sayang dan cinta dari Mu untuk anak2 ku..


Jadi anak2 ibu..berterima kasihlah kepada Allah.. kerana Allah lah kamu ada ibu dan uwan..ada atuk dan nenek.. ada makcik pakcik yg menyayangi kamu..terima kasih pada Allah kerana memberi kamu peluang hidup di dunia ini dgn selesa..memberi peluang kepada kamu untuk hidup dgn gembira..dipenuhi dgn mereka2 yg mengasihi kamu..

....................................................................................


"Tatkala kamu memandang wajah anak-anakmu dan engkau merasa senang, maka engkau akan mendapat pahala sebagaimana membebaskan seorang budak"

"Barangsiapa mencium anaknya, Allah akan menulis satu kebaikan dalam buku catatan amalnya, dan barangsiapa yang tidak menyayangi dia, dia takkan disayangi"

"Seringlah kamu mencium anak kamu, kerna dengan satu ciuman, kamu akan menaiki satu peringkat di surga"

Ketika Rasulallah SAW mendengar isteri seorang sahabatnya melahirkan seorang anak yang berkeadaan cacat, Rasulallah telah bersabda :
"Sesungguhnya anakmu akan menjadi wewangian di Surga"

sayang anak ibu.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan