Klik utk belanja Amsyar

Khamis, 25 Ogos 2011

Preparation rayaku!!

Tak sabarnyer nk raya..yuhuuu..tahun ini adalah tahun giliran suami aku.. *pasrah*

tapi ok apa beraya kat sana, makanan adalah sedap!!!..eleh, jgn ko kata "eiii..makanan org sabah gelilah..lain macamlah..tak boleh nk masuklah" aku sepak kang.. *terus batal puasa*

selama aku berada di sabah, makanan mmg dijamin sedap..aku ni dahlah cerewet bab makan2 nih..tp mmg makanan kat sana sedap sesangat tau..lagipun ko tgklah kaum apa..kalo macam suami aku mmg makanan diaorg sedap dan mmg boleh terima tekak aku nih..bertambah2 lagi tau..

tgk..citer dah ke laut..wakakakkakaka!

ok, citel hal preparation nih kan..aku dah buat preparation dari tahun lepas..excited katanya..yelah masa aku preggy hari tu aku mmg takder mood nk beraya ke haper..so nk balas dendam nih, masa raya gak tahun lepas aku ajak suami aku p beli kain tuk buat raya tahun depan (raya tahun ni la)..

org lain p beraya..kami laki bini p cari kain tuk raya tahun depan..

baju raya kami semua aku beli..ada gak yg mertua dan family aku bg khususnya tuk Amsyar lah kan.. dia mmglah beruntung sesangat..baju raya dia paling banyak, dgn kasut raya nyer..ng songkoknyer..sampin jerk tak beli, mau macam pakai skirt pulak anak bujang aku nnti....aku adalah dalam 6 pasang kot baju aku tahun nih..suami aku dalam 4 pasang. Seluar raya tak beli tahun ni sbb seluar dia pun baru beli n masih elok..berjimat2 katanya..

aku kalo time raya mmg baju banyak..mesti lbh dari tiga pasang..tp takleh aku beli sekaligus kan..ada tu awal tahun, buat..simpan..beli, simpan..ada tu org bagi..ada tu beli sbb nk pakai masa kawen org tapi tak pakai2 sbb vogue sangat..hahahaha..so simpan tuk raya..cuma baju tuk raya pertama tu mmg khas aku buat tuk raya..special sikit..tema tahun ini adalah... hitam!!.. ini tema suami aku yg nak..aku on jerk sbb aku suka bertema2 nih.. *asalkan kain aku yg pilih..dan warna aku yg decide terang atau pudar*

family aku tak suka bertema. lbh2 lagi abah aku tu. mana mau dia bertema2 nih. macam boria katanya. lagipun masing2 dah besarkan. masing2 ada warna pilihan sendirik. aku rasa sekali jerk kot kitaorg ikut tema. pastu kena ikut tema mak aku.warna hijau pucuk pisang. dah macam pokok berjalan dah..

so, bila dah ada family, on balik lah tema2 nih. tahun lepas warna merah bata. baju hantaran. tahun lepas kan aku preggy so mmg tak ada keinginan nak bergaya2 hahaha..muka pun sembab giler walaupun pakai make up..mak aku asik cakap jerk aku ni mgandung anak lelaki..

kuih raya tak ada yee tahun nih. bukan apa, tahun lepas beli kuih raya semua ke tong sampah. sbbnya org dtg umah kita bukan nak makan kuih raya tau. nak suh masak. kalo ko tak masak, mulalah nnti kuar ayat2 pedas diaorg nih. kuih raya dah tak layan.mgada jerk kan..tu yg suami aku kata, tak payah kuih raya tahun nih. selalunya mertua aku akan bekalkan kek-kek. sbb kakak ipar dari miri. so mmg banyak lah kan kek lapis sarawak tu. nyum..nyum..

hari raya ke7 kami akan bercuti ke kundasang. baru dapat merasa berjalan cuti2 malaysia sbb takder saper kat umah mil. mil, fil and adik ipar p jb hantar adik ipar masuk utm. so, mil cadangkan kami p kundasang berjalan. semalam saja tapi oklah kan. mana nak dapat hari raya bercuti2 malaysia kan. aku dan kakak ipar dah search dah tempat2 menarik kat sana. ladang lembu ala2 new zealand tu lah tempat utama aku..hahahaha..nk verangan bercuti ke oversea ajer..

tu jerk kot citer raya aku tahun ini. meriah juga lah kan. kalo belah aku mmg malam raya kat sini lagik sbb kitaorg pagi raya berkumpul umah parent aku n pastu baru konvoi p kuala selangor n esoknya p johor pulak. mmg mak masak kat umah siap2 kami lakibini pulak datang sehelai sepinggang bawak perut nak makan hahahahaha... sedihnya sbb tak dapat raya n buat kecoh ng adik2 aku yg sengal2 tu. sure diorg pun boring bila ketiadaanku..hahahahaha..

ohw lupa nak kepochi, smlm suami aku belanja kasut raya lagi satu. so kasut raya aku adalah dua pasang!!..wah sukanya makcik. dua2 kasut wedges. sumpahsukagilagila wedges ok. tapi pakai buat eksen masa raya je kot..tak dan lah nk naik kapal dukung anak pakai wedges, mahu tersadung haku..hahahaha

esok dah nak terbang. kepada yg memandu berhati2 lah yee. biar lambat asal selamat. pastikan keselamatan rumah dan diri terjaga. aku tak sabar nk bawak amsyar kumpul duit raya nih..keji kan..ala..seronok2 jerk pun, bukan apa..kata ada anak kan..

laptop suami aku ni, dah mereng kot. caps lock macam dah rosaklah. tu yg huruf aku semua guna huruf kecil. permulaan kata ke haper semua bantai kecil. asal dapat baca sudahlah erk..maklumlah sejak ada amsyar ni, sian laptop suami aku, asik kena pukul jerk..belikan 'laptop' dia taknak pulak..nak gak yg org lakibini berebut guna..dia pun nak berebut guna gak.. ;)




Jumaat, 5 Ogos 2011

Makcik Oh Makcik

Kisah ni dah lama dah..masa tu aku baru sebulan berenti kerja..skrg ni dah nk tiga bulan dah..cepat nau masa berjalan kan..tgk2 anak aku dah tiga!! kahkahkahkah..

ohw..ni cerita pasal seorg makcik dekat umah mak aku ni..biasalah makcik2 kan selalunya kepochi..kalo kepochi mesti makcik..makcik mesti kepochi..begitu..

satu hari tu, aku macam biasalah dtg membawa anak aku ke rumah mak. Datang saja2 memperhabiskan beras. Kes sorang2 kalo malas masak, aku dtg umah mak. Senang dan mgenyangkan. Anak mak aku jaga. Aku leh lepak2 tgk tv sambil baring2. Eh..eh..bukan aku yg nak kehidupan heaven begitu bila dah ada anak. Tp mak aku yg baik hati nk offer kan..takkan aku nk kata tidak..kecik hati mak aku..dah lah Amsyar dari sehari mmg mak yg jaga kat sepital..tetiba ko nk lupa daratan..kena sumpah jadik peti ais tiga pintu baru ko tahu..

masa nk berjalan ke umah mak terserempak ng makcik sorang ni. Dia tgh duduk2 depan umah dia. Dia tegur Amsyar jadik aku berenti lah kan. Kang dicop kurang ajaran karang..sentap pulak..jadik dengan senyum simpul aku pun berenti..borak2 tetiba dia tanya.. *sbnarnya dia dah tahu, tp biasalah kalo stock makcik2 mmg suka myiasat hal rumah tangga orang *

Makcik Kepochi: Tak kerja ker hari ni?..
Aku yang ramah: Tak..dah berenti dah..
Makcik Kepochi2: Apasal berenti?. Buat rugi jer berenti. Belajar pandai2. Jauh2, berenti pulak.
Aku yang masih ramah saat ini: Suami suh jaga anak cik.
Makcik Kepochi kuasa 2: Kalo tahu jadik suri rumah, baik takyah belajar pandai2. Hantar jauh2 pastu jadik suri rumah. Buat susah mak bapak jerk.
Aku yg DAH TAK ramah: Nak jadik suri rumah pun kena ada ilmu gak cik . Bla..bla..bla.. *sambil hati dah mula nak sakit*
Makcik Kepochi kuasa 3 : Ni duk umah ni suami bagi duit tak?
Aku yang macam terkejut: bagi..
Makcik Kepochi kuasa 4: Berapa?
Aku yang macam....ergggg: RM+++ jerk..
Makcik Kepochi Kepocino: Oklah tu. Kalo dia tak bagi ko jgn berenti..

Mak aihh..sesuka hati makcik jerk kan nk cakap macam tu. Makcik Oh Makcik, kalo suami saya tak bagi sesen pun saya tak kisah sbb selama saya kawen dan hidup ng dia hidup saya SEMPURNA. CUKUP MAKAN, CUKUP PAKAI. apalah makcik ni..mmg btl2 macam org TAK BERILMU.. hambik ko..

Aku bukannya apa..kalo tgk family makcik ni kan. Suami dia kerja bagus. Kiranya macam org ada pangkat lah gak. Anak ramai lah gak tp satu pun tak der yg 'berjaya'. Ada yg 'berjaya' pun ala gitu2 jerk..suam jerk aku tgk..mana taknyer..pemikiran makcik ni sangatlah mundur. Dia kan duk umah jerk..tp masa aku kecik2 dulu aku p umah dia, dari pagi bawak ke tengahari sampai malam, satu family makan pisang goreng jerk. Selambak dia goreng pisang satu talam. Nah anak2 ko makan ni sampai malam..apakah??

Aku bukan nk umpat, bapak aku yg tak berpangkat sgt masa tu pun tak pnh bagi mak aku masak rupa gitu..pagi makan lain, tengahri makan lain,ptg mak aku masak cekodok. Malam makan nasi kadang2 lauk sama atau tambah2 lauk..kepelikan ok kalo aku tgk org makan satu hari pisang goreng sampai malam..

Aku nk jerk cakap gini.. makcik, saya ikhlas jaga anak suami saya. Sbb bila saya duk umah saya ada byk masa berkualiti ng anak dan suami. Masak tuk anak dan suami, jaga anak. Ajar dia tak kira ilmu dunia atau akhirat, macam2 lah makcik kang makcik pengsan lak dgr hujah saya nih..baik saya diam simpan dalam2 sudah..

pastu yg makcik sibuk nk citer pasal saya belajar pandai2..hantar sampai selatan sana pastu jadik suri rumah jerk macam rugi kan??..saya belajar bukannya MASTER pun..setakat DIPLOMA je hah..abis tu org yg jadik suri rumah ni BODOH lah erk makcik?..habis makcik tu surirumah gak kan??..hahahahahahha...

saya jadik suri rumah bukannya tak buat apa2 tuk family saya. Saya layari internet cari ilmu r/tangga dan keibubapaan sebanyak boleh. Semata2 tuk family saya. Bukan macam makcik, beli surat khabar tapi baca bahagian hiburan jerk. Mana saya tahu?..dah tu makcik asik duk depan umah macam takder kerja. Saya tahulah. Kalo tak pun saya layari blog yg ada resepi sedap2 try masak tuk suami saya. Tak pun resepi bubur tuk anak saya. Taklah diorg asik makan pisang goreng jerk sampai malam. Saya pun tak lalu makcik ni apatah lagik org lain..

Pastu makcik ni suka nau nak banding2kan anak aku ng cucu dia tu. Meluat lak aku dgr. Makcik, tiap2 budak progress dia lain2. Tak sama. Walaupun anak saya lambat sikit dr cucu makcik, tp Alhamdulillah anak saya sihat. Jarang demam macam cucu makcik tu memanjang demam. Sikit2 demam. BOSAN OK BILA ORG ASIK NAK BANDING2KAN NIH. Cuba saya bandingkan makcik ng mak saya..kalah makcik!!..hahahahahaha... ;p

lawaklah makcik ni..mmg lah kepochi btl..yang tak tahan tu siap tanya berapa suami aku bagi tiap2 bulan. Mak aku pun tak pnh tanya ok!!..ko lak yg bz body tanya haku..lawak btl..nasib lah aku tak kawen ng anak makcik ni tau..kalo tak, hahahahaha..tak sanggup aku nk teruskan ayat aku nih..hahahahaha

sejak dari insiden itu, aku bila lalu jerk depan umah makcik2 nih laju2 aku jalan..toleh pun tak..serik dah..kang dia tanya lak aku soklan dalam kain apa aku nk jawap..

mahu aku yang fengsannn!!!

tazkirah aku hari ini adalah:
kadang2 kita ni myibuk jerk hal orang, padahal hal kita sendiri pun lintang pukang. So, dari kita sibuk nk intai2 hal orang kan di bulan pose ni, baik kita tingkatkan amal ibadah, topup mana2 yg patut. Hati pun tak sakit. Ni bukan tuk makcik jerk..tuk aku gak. Biasalah manusia kadang2 kan khilaf. Jadik marilah kita sama2 beramal. Bye2... ;P


eh, LANGAU intai lagik tak blog aku yg femes nih?..apa khabar LANGAU. Dah terberanak ker?..hahahahahaha... *nampaknya makin banyaklah kaum LANGAU nanti..hahahaha*