Klik utk belanja Amsyar

Khamis, 25 Ogos 2011

Preparation rayaku!!

Tak sabarnyer nk raya..yuhuuu..tahun ini adalah tahun giliran suami aku.. *pasrah*

tapi ok apa beraya kat sana, makanan adalah sedap!!!..eleh, jgn ko kata "eiii..makanan org sabah gelilah..lain macamlah..tak boleh nk masuklah" aku sepak kang.. *terus batal puasa*

selama aku berada di sabah, makanan mmg dijamin sedap..aku ni dahlah cerewet bab makan2 nih..tp mmg makanan kat sana sedap sesangat tau..lagipun ko tgklah kaum apa..kalo macam suami aku mmg makanan diaorg sedap dan mmg boleh terima tekak aku nih..bertambah2 lagi tau..

tgk..citer dah ke laut..wakakakkakaka!

ok, citel hal preparation nih kan..aku dah buat preparation dari tahun lepas..excited katanya..yelah masa aku preggy hari tu aku mmg takder mood nk beraya ke haper..so nk balas dendam nih, masa raya gak tahun lepas aku ajak suami aku p beli kain tuk buat raya tahun depan (raya tahun ni la)..

org lain p beraya..kami laki bini p cari kain tuk raya tahun depan..

baju raya kami semua aku beli..ada gak yg mertua dan family aku bg khususnya tuk Amsyar lah kan.. dia mmglah beruntung sesangat..baju raya dia paling banyak, dgn kasut raya nyer..ng songkoknyer..sampin jerk tak beli, mau macam pakai skirt pulak anak bujang aku nnti....aku adalah dalam 6 pasang kot baju aku tahun nih..suami aku dalam 4 pasang. Seluar raya tak beli tahun ni sbb seluar dia pun baru beli n masih elok..berjimat2 katanya..

aku kalo time raya mmg baju banyak..mesti lbh dari tiga pasang..tp takleh aku beli sekaligus kan..ada tu awal tahun, buat..simpan..beli, simpan..ada tu org bagi..ada tu beli sbb nk pakai masa kawen org tapi tak pakai2 sbb vogue sangat..hahahaha..so simpan tuk raya..cuma baju tuk raya pertama tu mmg khas aku buat tuk raya..special sikit..tema tahun ini adalah... hitam!!.. ini tema suami aku yg nak..aku on jerk sbb aku suka bertema2 nih.. *asalkan kain aku yg pilih..dan warna aku yg decide terang atau pudar*

family aku tak suka bertema. lbh2 lagi abah aku tu. mana mau dia bertema2 nih. macam boria katanya. lagipun masing2 dah besarkan. masing2 ada warna pilihan sendirik. aku rasa sekali jerk kot kitaorg ikut tema. pastu kena ikut tema mak aku.warna hijau pucuk pisang. dah macam pokok berjalan dah..

so, bila dah ada family, on balik lah tema2 nih. tahun lepas warna merah bata. baju hantaran. tahun lepas kan aku preggy so mmg tak ada keinginan nak bergaya2 hahaha..muka pun sembab giler walaupun pakai make up..mak aku asik cakap jerk aku ni mgandung anak lelaki..

kuih raya tak ada yee tahun nih. bukan apa, tahun lepas beli kuih raya semua ke tong sampah. sbbnya org dtg umah kita bukan nak makan kuih raya tau. nak suh masak. kalo ko tak masak, mulalah nnti kuar ayat2 pedas diaorg nih. kuih raya dah tak layan.mgada jerk kan..tu yg suami aku kata, tak payah kuih raya tahun nih. selalunya mertua aku akan bekalkan kek-kek. sbb kakak ipar dari miri. so mmg banyak lah kan kek lapis sarawak tu. nyum..nyum..

hari raya ke7 kami akan bercuti ke kundasang. baru dapat merasa berjalan cuti2 malaysia sbb takder saper kat umah mil. mil, fil and adik ipar p jb hantar adik ipar masuk utm. so, mil cadangkan kami p kundasang berjalan. semalam saja tapi oklah kan. mana nak dapat hari raya bercuti2 malaysia kan. aku dan kakak ipar dah search dah tempat2 menarik kat sana. ladang lembu ala2 new zealand tu lah tempat utama aku..hahahaha..nk verangan bercuti ke oversea ajer..

tu jerk kot citer raya aku tahun ini. meriah juga lah kan. kalo belah aku mmg malam raya kat sini lagik sbb kitaorg pagi raya berkumpul umah parent aku n pastu baru konvoi p kuala selangor n esoknya p johor pulak. mmg mak masak kat umah siap2 kami lakibini pulak datang sehelai sepinggang bawak perut nak makan hahahahaha... sedihnya sbb tak dapat raya n buat kecoh ng adik2 aku yg sengal2 tu. sure diorg pun boring bila ketiadaanku..hahahahaha..

ohw lupa nak kepochi, smlm suami aku belanja kasut raya lagi satu. so kasut raya aku adalah dua pasang!!..wah sukanya makcik. dua2 kasut wedges. sumpahsukagilagila wedges ok. tapi pakai buat eksen masa raya je kot..tak dan lah nk naik kapal dukung anak pakai wedges, mahu tersadung haku..hahahaha

esok dah nak terbang. kepada yg memandu berhati2 lah yee. biar lambat asal selamat. pastikan keselamatan rumah dan diri terjaga. aku tak sabar nk bawak amsyar kumpul duit raya nih..keji kan..ala..seronok2 jerk pun, bukan apa..kata ada anak kan..

laptop suami aku ni, dah mereng kot. caps lock macam dah rosaklah. tu yg huruf aku semua guna huruf kecil. permulaan kata ke haper semua bantai kecil. asal dapat baca sudahlah erk..maklumlah sejak ada amsyar ni, sian laptop suami aku, asik kena pukul jerk..belikan 'laptop' dia taknak pulak..nak gak yg org lakibini berebut guna..dia pun nak berebut guna gak.. ;)




Tiada ulasan: