Klik utk belanja Amsyar

Sabtu, 15 September 2012

Bila susah...

Aku ni lahir-lahir bukannya orang senang. Susah tau. #Ada ke orang malu nak mengaku dia perah hidup susah?. Artis pun ramai yang mengaku dia hidup susah sebab nak pancing juri. Jadi bertabahlah#

Ayah aku kerja biasa-biasa jerk mak aku pula suri rumah. Ada lah juga ambil upah menjahit. Kalau duk bandar dengan anak ramai memang rasa tau keperitannya. Dah lah kat bandar yang kami duduk tu kawasan ELITE, katanya kawasan berada kan. Memang kau akan rasa kecilnya diri kau bila di kelilingi dengan orang yang bukan setakat bijak pandai tapi kaya raya. Kadang-kadang rasa rendah diri tu menebal nau

Yang aku nk share kat sini bukan pasal kesusahan yang kami alami. Tapi pasal bila kita susah semuanya benda kita mampu buat untuk meneruskan hidup. Cehh.. macam dah boleh masuk bersamumu ni..

Dulu masa kat sekolah kan ada subjek ERT kan, ala yang cikgu bagi kain pastu buat baju tidur tu. Adalah kawan-kawan aku yang anak orang kaya ni, bukan nak buat sendiri, tapi tempah. Suruh orang jahitkan. Maklumlah kaya kan. Janji ada duit. Kalau aku, memang tak lah. Sampai berdarah-darah jari aku ni. Susah pun aku buat juga. Jangan nak mengada teringin hantar tailor. Sedar diri.

Mak aku kan boleh menjahit so adalah kawan-kawan yang nak upah mak aku jahitkan. Aku pun terimalah tanpa tanya mak aku dulu. Bila dah terima, mak aku kata tak boleh pulak sebab dia banyak jahitan, so takkan nak pulangkan pulak kan. So, korang nak tahu, aku lah yang jahit baju tidur kawan aku tu dari mula sampai habis. Jahit tangan ok. Semua jenis jahitan aku buat. Memang sampai pening-pening kot aku jahit sebab konon-konon nak samalah waktu dengan jahit mesin. Nanti kantoi pulak apasal lambat sangat ni siap padahal upah suh guna mesin kan. Mak aku pula, dia tak suka orang kacau barang dia. So memang tak ada chancelah aku nak guna mesin jahit dia. Walaupun dalam curi-curi sebab aku tak reti guna mesin tu.

Bila dah siap tu, aku bagi kat kawan aku, dia pun bagilah upah RM5. RM5 je tau bukan RM50 tapi sebab uasaha sendiri kan rasa macam besarnya RM5 tu. Memanglah nampak tak berbaloi kan RM5 tu jerk dengan jari aku luka-luka, penat macam nak fengsannn akak tau tapi tu lah sebab nak cari duit poket kan. Dapatlah aku beli atau bayar apa yang perlu.

Aku ni memang jenis tak suka nak minta duit abah aku. Aku kan anak sulung. Dah besar so tahulah macam mana susahnya nak cari duit. Lagi-lagi semua benda pakai duit kat bandar ni. So, kalau tak ada duit pun aku diam tau. Pernah pergi sekolah tak ada duit belanja so bila sampai umah terus jadi orang somalia kebulur tak makan. Bukan abah aku tak nak bagi tapi dia lupa. Pastu dia balik kerja dia tanya aku makan apa kat sekolah. Dia kata dia lupa nak bagi duit.

Tapi ada juga time yang tak ada duit, abah aku suh jual air pepsi tu pada kawan-kawan yang nak. Dapat duit tu buatlah belanja. Adalah kawan-kawan aku yang beli. Ala, setakat RM1 jerk kan memang tak hairan lah diorang. Kat luar lagi mahal kot.

Sadis tau kalau ingat masa susah. Orang yang pernah rasa susah jerk tahu

Dulu aku kan pengawas. Dah namanya sekolah yang semua orang kaya raya memang asik nak minta duit jerk. Jap2 minta duit. Dah lah aku ni 'kaya' kan.. last2 aku bosan aku letak jawatan. Aku pun tak tahu duit yang dioarang minta tu untuk apa. Tapi yang aku ingat kejap2 minta duit. Kata kaya, pi lah minta sponsor myusahkan jiwa dan raga aku jerk tau. Bila aku dah letak jawatan, bernafas sikit aku. Tapi aku letak jawatan tu pun sebab tak kena ng jiwa aku. Aku pun bukannya baik sangat. Jadi bila jadi pengawas ni susahlah nak buat jahat. Kena tunjuk baik. Membosankan!!

Dulu masa sekolah aku belanja Rm00.50sen jerk..nak makan apa kan dengan duit banyak tu. So, aku simpan. Pernah lah aku simpan sampai berpuluh-puluh tapi habis kena bayar duit tabung. Ala tabung kelas yang rm3 seminggu tu. Nampak jerk RM3 jerk tapi azabnya nak membayar. Dah lah duit belanja aku lagi sikit dari duit tabung kelas. Betul-betul myusahkan. Eh, sekarang kena bayar lagi ke?. Adik aku tak pulak bising2 pasal duit kelas. Dia selalu bising pasal tak ada duit nak hantar baju kat tailor jerk hahahahaha..

Tu belum lagi lambat bayar yuran. Aku lah tiap tahun paling lambat bayar. Sedihnya jadi orang susah kan. Pastu kalau dapat cikgu kelas yang mulut puaka memang rasa nak lari berhenti sekolah jerk. Tapi ada juga cikgu kelas aku yang baik. Mungkin dia pun pernah susah kot kan. Tu yang paham orang susah macam aku ni. Ala, yang mulut puaka tu pun orang susah tapi bila dah kaya kan lupa diri.  Eh, dulu masa sekolah banyak nau nak kena bayar. Duit tabung kelas lah, duit rumah sukan lah, duit kelab permainan, duit persatuan dan lain-lain.


Tapi kan satu lah yang aku bersyukur sgt walaupun kami ni taklah senang masa tu, tapi baju sekolah, kasut sekolah, tudung mesti baru bila naik tahun baru persekolahan. Tak pernahlah aku pakai barang lama. Buku pun aku lah yang terawal beli kat KOOP tu. Kalau abah aku dapat bonus lebih, adalah beg baru. Pensilcase baru. Tapi kalau tak, dah cukuplah dengan baju, kasut dan tudung baru tu kan. Ada tu kawan aku anak orang kaya baju pun buruk pakai yang tahun lepas punya. Pastu buku baru terhegeh-hegeh nak beli. Pastu bila ada buku yang tak ada pinjam buku aku nak photostat.

Kiranya beruntung juga aku kan..

Banyaklah kisah sedih aku time dulu-dulu. Orang susah memang banyak kisah sedihkan. Tapi bila aku ingat balik tak sangka aku leh jadi 'kuat; macam tu dulu. Tak merungut bila susah. Ada jerk otak aku ni bagi idea macam mana nak selesaikan masalah. Memang betul2 kuat. Paling teruk pun aku menangis jerk. Yelah tak kan nak bunuh diri pula kan. Sekarang ni, susah sikit aku mgeluh. Sikit-sikit mengeluh. Padahal dulu lagi teruuuukkkkkkkkkkkkkkkkk tau. Ermm..

Bila kita susah orang pun pandang tak bermata. Sekarang alhamdulillah abah aku dah senang. Berkat dia rajin bekerja kan. Walaupun rumah kecil atleast rumah sendiri. Dah habis bayar. Tak berhutang dan tak menyewa walaupun dah tua-tua masih tak ada rumah. Dah ada dua biji kereta. Satu tu abah bagi kat adik lelaki aku. Bayar pun kira anak beranak kan. Sebab abah nk jual sayang. Kereta wira tu cantik. Abah memang jaga baik-baik.

Abah ada cakap nak beli rumah lagi tapi kitaorang tak setuju. Kalau nak beli tanah buat rumah tak apa. Yelah abah dan mama aku pun dah nak tua. Tak kan nak hidup kat bandar je kan. Kang tak rasa suasana kampung anak-anak aku. Nasiblah ada kampung suami kan. Syukur sangat dengan kehidupan sekarang. Walaupun aku tak lah kaya sangat sekarang, tapi lagi better dari dulu. Makan berlebih, pakaian berlebih. Apa lagi nak. Ada suami dan anak yang baik. Sangat-sangat bersyukur.

Alhamdulillah.

Tapi bila kita pernah susah awal, lagi bagus. Boleh jadi pengalaman. Kalau awal2 senang lenang bila tiba2 susah macam mana lah kan. Nasib kita semua lain2. Ada hikmahnya.


Rabu, 12 September 2012

Raya: Mood raya

Wah dah lama btl aku tak menulis dlm blog ni. Tiap kali buka blog jerk mesti dah lama giler. Ohw masih dalam mood raya kan so tak salah aku nk ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Tahun ni giliran aku. Tapi macam boring pulak. Sebab kalau kat Sabah, kitaorg kat kampung 10 hari. So mmg merasa sgtlah suasana raya tu. Kat sini best raya pertama sampai ketiga jerk. Raya pertama tu mula2 raya kat rumah sendiri pergi rumah mak dan pastu balik kg abah aku kat Tanjung Karang. Esoknya raya kedua belah mak aku pulak kat Kluang, Simpang dan Kulai. Raya ketiga dah balik sini. Jalani rutin macam biasa. Adalah sesekali hujung minggu p umah terbuka n beraya. Boring tau.

Raya tahun tema kami adalah.................. HIJAU.

Hijau!!

Pas beraya kat rumah mak kami sekeluarga p amik gambar kat studio.



ni pulak masa kat rumah mak. Nak p beraya sebenarnya. Baju yg aku pakai tu mil yg belikan. China Silk.


Sempat juga jumpa Piah kat seremban.


beraya di Sabak Bernam melawat Pak Teh dan Mak Teh. Tapi kami yg over gambar sbb rumah dia tangga batu. Ingat nak ambil gambar kat sawah tapi panas terik mmg tak kuasa akak dik oittt... dah lah nak singgah umah atuk kat tanjung karang. Rumah papan kan, mmg berpeluh ketiak sampai celah spender hahahahhahaha...


ni gambar bajet belum kahwin.. nasib cepat tangkap ni kalau tak amsyar mjerit coz jeles.


last.. gambar aku ng amsyar masa dalam pjalanan nak ke Sabak Bernam. Perjalanan kan jauh dan membosankan. Nasib tak jam, macam masa raya pertama kalau tak lagiiiiiiiiiiiiiii bosan. Masa ni konvoi ng family aku, n adik aku aboy. Tiga kereta lah ni.


amsyar tgh nk try buat mulut muncung.stail bgmbr bebudak skrg