Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 26 Mei 2013

i'm pregnant agaian part 2

Hahaha.. aku pun tak paham lah apasal dia p terbitkan pulak aku punya catatan ni padahal aku belum habis tulis lagi.. hahahaha

oklah sambung pasal pregnancy ni mmg banyak yang bezanya. Macam time amsyar dulu aku suka nau ng air kelapa. Hari2 kot nak beli air kelapa.  Rasa macam selera jee tgk air kelapa. Dan aku suka minum air sejuk. Sejuk btl2 punya sejuk tu. Tapi skrg ni mmg tak lalu lah nak minum air kelapa. Suku pun tak luak. Pastu skrg minum air panas jee. Tak kiralah hari panas membara kee aku tetap bantai air panas. Dan feveret aku, air milo panas. Yang panas2 betul lak tu. Kiranya yang baru didih tu aku buat milo terus minum. Peliknya tahan pulak lidah aku..huhuhu..pelik kan?

pastu aku ok jeee makan ayam. kalau dulu mmg tak lalu la nak makan ayam kan. Hari2 makan ikan. pastu tekak ni nak makan western  cuma yang ni aku ngidam masakan kampung. Masa alahan tu hari2 aku terbayang masak lemak cili padi laaa... sambal belacan laaaa.  hahahaha...

Masa amsyar dulu milo mmg aku takleh minum la. Muntah. Soya mmg sampai mgandung kali ni pun tak lalu nak minum. Soya macam meloyakan pulak.

Apa lagi erk.. bila nak tulis ni tak ingat pulak. Tapi yang aku tahu masa mgandung kan amsyar sampai nak masuk lima bulan baru ok alahan aku ni. Baru leh makan dengan jayanya. Tapi yg ni alhamdulillah masuk jee 3 bulan dah leh makan dengan seleranya. Cuma satu masalah tu jelah. Aku tak reti nak telan air liur aku sendiri. Asyik nak meludah jeee. Dah serupa aci makan sireh pulak.hehehe

Tu yang aku malas nak kemana-mana. Susah. Aku keluar pun p cekup baby jeee.. tu pun terus balik umah. Memang tak kuasalah aku nak merayau2 hahaha. Tunggu jelah baby lahir kan, merayau ng baby jelah. Baju raya pun aku tak sure lagi nak pakai warna apa. Mmg tiap kali mgandung aku tak berapa kisah sgt sal raya. Hahaha... cuba kalau tak mgandung kan... sentap kau kalau tak kisah. Bukan aku lah tu... ;)

Hari tu ada pulak aku mimpi, anak aku lahir punyalah dah fikir nak bagi nama apa, last2 suami aku p daftar nama Dayang Roza Dora. HAHAHAHA.... lawak kot. Apa makna pun aku tak tahu. Geram aku. Ntah kenapa lak dia bagi nama tu. Tgk2 mimpi kan. Jantina pun tak tahu lagi. Hahahaha... Macam berharap pulak nak anak perempuan...

Ala, aku tak kisah lah anak lelaki atau perempuan. yang penting sihat sempurna dan selamat semuanya sudah. Amin Ya Rabbal Alamin. Kalau perempuan bonus tuk aku lah kan. Ada geng. Kalau lelaki bonus tuk amsyar. Ada geng main. Aku tak kisah pun. Apa Allah beri aku terima. Yang penting sihat sempurna dan selamat semuanya.  ;)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan