Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 26 Mei 2013

i'm pregnant again!

Alhamdulillah. Akhirnya apa yang dirancang dimakbulkan. Sebenarnya mmg aku nk preggy lagi selepas amsyar dua tahun. Alhamdulillah Allah makbulkan setelah berusaha.. *heheheh*

Usia kandungan aku nak masuk 4month. Alahan?.. hahaha, kalau dah namanya aku yg mgandung haruslah ada alahan. Kali ini mmg stress sikit sbb ada anak yg nak dijaga. Kalau time amsyar dulu, aku tak ada 'tanggungjawab' besar sgt, tapi kali ni nak jaga amsyar, nak mandikan nak bagi makan. Uhhh.. macam2 lagi. Dengan alahan ni, mmg stresss laaaa...

Sampaikan masa  nak masuk 12week aku ada spot bleeding. Tapi doc kata tak apa2 maybe sbb stress sgt tu yg sampai bleeding, alhamdulillah tiga hari dah stop dah. Baby pun aktif kemain lagi. Masatu juga aku dah start boleh makan. Alhamdulilah.

Kalau tak tu, makan je muntah. Macam berlumba2 pulak makanan ni nak kluar. Seksa btl tau. Kalau org yg sealiran dgn aku, pahamlah macam mana. Bukan kami saja2 buat atau mgada. Mmg kalau boleh mmg tak nak lah alahan ni. Buka peti ais pening, bau minyak goreng pening, bau nasi ditanak pun pening. Huhuhu...bau jiran2 masak pun aku dah seksa. Wangi bagi diorg busuk bagi aku. Macam mana??

Hari-hari lah aku menangung kesedihan sbb alahan ni. Hari2 doa supaya lahan ni cepatlah pergi. Tak larat dah aku layan alahan ni. Ni ada satu lagi masalah belum settle. Aku macam tak pandai nk telan air liur sendiri. Asyik nak meludah jee kerjanya. Malam pun sama. Pelik tau. Masa amsyar takde macam ni. Yang ni lain pulak. Doktor kata setiap anak lain ragamnya. Terima jelah. Kadang2 mmg tak tahan. Ingat lagi masa mula2 dulu, hari2 aku mengeluh. Macam suami aku cakap, adalah hikmahnya tu. hehehe... terima jeleh...harap2 nak balik raya nanti hilanglah. Dah lah aku beraya kat umah mertua tahun ni. Payahlah nk berjalan kan. Dah lah mmg aktiviti wajib pak mertua aku berjalan umah sedara time raya. Tu belum lagi org ke rumah kami. Takkan aku nak 'membisu' jee hahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan