Klik utk belanja Amsyar

Isnin, 16 September 2013

TEMPOH PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN.

Sudah pasti selepas bersalin anda memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala kerana sepanjang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi, seluruh tubuh dan organ dalaman anda telah mengalami keletihan dan perubahan besar. Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

Rahim
Rahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak
Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj
Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.

Luka Episiotomi

Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.

Luka Pembedahan Cesarean

Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit

Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)
Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.

Buasir
Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.

Berat badan

Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut
Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.

******************************************
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Ahad, 15 September 2013

PENGALAMAN : Melahirkan Awang Amsyar Iman.

Pagi 25hb Nov 2010 (PAGI)

Aku dah kena admitt kat hospital serdang. Sebab 26hb Nov tu aku dah nak dibedah. So merasalah aku tidur satu malam kat hospital sebelum dibedah. Masa sampai di Dewan Bersalin Hospital Serdang tu, aku terus jumpa staff kat kaunter tu bagitahu yang aku kena admitt hari ni. Siap bagi surat. Diaorang suruh aku tukar baju dan pakai kain. Nak buat VE. Mula-mula aku kena bagi sampel air kencing. Baring kat katil dan nak buat VE. Tapi sebab aku dah buat temujanji nak bedah, tak payah buat VE. Fuhhhhh!! Legaaaaaaa.. hahaha. Aku ada baca yang buat VE ni sakit sikit. Kena tarik nafas masa doc tengah buat tu. Diaorang letak CTG kat perut aku. Dengarlah degupan jantung amsyar. Kuat betul. Kejap-kejap hilang sebab dia tak reti diam. Puas nurse cari mana hilangnya degupan jantung dia tu. Masa tengah baring-baring tu, dengarlah ada perempuan mengerang la.. yelah maybe ada yang tengah sakit nak bersalin kan. Ada tu tengah buat VE. Selang dua buah katil dari aku.

Aku nampak sebab tak tarik langsir. Pas dah cek CTG anak aku, aku pun disuruh duduk kat kerusi. Ada lah tiga empat orang juga kat situ. Masing-masing pakai baju pink tu. Katil tak ada katanya. Jadi sementara tunggu ada yang keluar, stay lah kat situ dulu. Nasib aku tak sakit nak bersalin kan. Relax jelah aku tunggu. Siap mak aku belikan makanan lagi. Dalam pukul 3 petang baru dapat katil. Bayangkan punyalah lama nak tunggu katil. kalau dah rasa nak bersalin masa tu memang sadis la kan. Biasalah hospital gomen. Kenalah paham. Bukan sikit orang yang datang. Ada akak tu, dia belum nak bersalin lagi, datang sebab katanya anak dia kurang bergerak. Dia mula-mula nak bersalin kat Serdang ni, tapi bila dengar katil selalu tak cukup dia nak bersalin kat HUKM. Pastu dia bising jugalah sebab lama tunggu. Bagi aku, nak buat macam mana kan. Dah tu murah. kenalah sabar. Kalau nak layanan baik pergilah private. Nurse tu diam jee bila dengar akak tu komplen-komplen. Sabar jelah..

ohw, aku lupa nak bagitahu, aku kena bedah sebab amsyar breech. Iaitu songsang. So, doc Jamil di KPMC buat surat tuk aku refer serdang. Sampai serdang aku terus buat temujanji masa 38week terus bedah. Malas nak tunggu-tunggu lagi. Malas nak tunggu baby pusing sebab aku tengok kat buku rekod aku, memang dari awal amsyar ni breech. Ada sekali jee dia pusing. Redha jelah nak kena bedah kan. Ada lah hikmahnya tu..

Dekat pukul 3 petang baru dapat bilik. Masa tu adalah juga dalam lima orang naik bilik sama aku. Semua nak kena bedah esok. Hahahaha.. masalah apa aku tak tahu sangat. Cuma ada akak ni, ward sama aku cuma katil lain, dia pun nak kena bedah esok sebab anak dia songsang. Anak first songsang, anak nombor dua ni pun songsang. Nauzubillah. harap-harap baby adik tak songsang yee...kalau tak, tak merasa ibu nak lahir normal. hehehe

MALAM

Bermulalah aku bermalam di hospital serdang ni. Kalau ward kelas tiga memang serabut sikitlah. Asyik ada nurse datang jee buat pemeriksaan. Nurse-nurse dari mana pun aku tak tahu. Macam pelatih kat hospital lain. Sebab kalau nurse serdang memang tahu lah kan. Ni baru nak lelap dah kejut. Buat CTG. Aku layan aja lah. Nanti baru nak tidur, setengah jam ada orang datang lagi. Aduhaiii.. masa ni aku teringat suami aku. HAHAHAHAH.. *Rindu sehhhh..*

26Nov (Pagi)

Pagi-pagi aku dah dikejut. Bangun, mandi cuci rambut. Siap pesan cuci rambut. Aku pun tak paham apasal kalau nak bersalin mesti suruh ingatkan cuci rambut. Pastu nurse cucuk jarum kat tangan aku nak masukkan air. Memancut darah aku keluar. Pastu yang tak tahan bila kena masuk 'benda' kat salur kencing. Yelah kan nak bedah. Lepas bedah mana lah boleh jalan sangat. Jadi pasang alat tu tuk bagi aku senang kalau nak tenkecing. Mak aihhh..sakitnya..aku siap terjerit masa nurse tu masukkan alat tu. Nanti air kencing kita mgalir ikut paip tu la. Rasanya?.. hahaha..jangan cakap. Tak senang duduk aku. Rasa macam kencing tak lawas. Sakit kat ari-ari tu. Kejap aku bangun..kejap aku duduk. Ya Allah, azabnya. Sampai lintang pukang air kat tangan aku tu. Patutnya air masuk dalam badan, ni darah keluar ikut salur kat tangan tu. Air satu botol tinggal suku dah. Cepat-cepat aku panggil nurse. Dia nak tukar jarum baru sebab takut jarum dah tersumbat darah. Tapi tak jadi, cuma tukar botol baru jee. Aku dah lega. Tak kuasa aku nak cucuk-cucuk jarum lagi. Dah lah darah aku jenis memacut. Habis lantai aku penuh darah. Aku punya turn tengahari. Tapi aku tak sabar-sabar dah nak kena bedah. Asyik tanya kat nurse jee. tapi dalam pukul 12.30 jugalah baru turn aku sebab ada pembedahan kecemasan.

26Nov (Tengahari)

Aku nampak jee katil yang nak bawa kat bilik bedah tu sampai, aku terus naik. Punyalah gelojoh. Tak panggil nama aku dah baring. Surelah tu turn aku. Aku dah tak tahan ni. Ari-ari aku dah sakit kot. Aku nak cepat-cepat je bersalin sekarang. Nurse bagi aku ubat muntah. Takut muntah. Ohw lupa. sebelum tu kena puasa tau. Start pukul 12 malam kena puasa. Nurse call suami aku tapi tak dapat, so call abah aku. Abah dan mama aku pun tunggu masa aku nak dibedah tu. Tak tahu diaorang datang pukul berapa. Aku dibawa ke bilik bedah. Aku pun tak tahu bilik bedah kat mana. Sebab aku baring jee kan masa tu. Nak sampai kat bilik bedah tu, kena tukar lagi katil. Masa ni nurse yang usung aku tu dah tak ada. Orang lain pulak yang usung katil aku. Tunggu kat luar sekejap. Maybe diaorang kat bilik bedah tengah prepare alat-alat nak bedah kan. Masa tu aku baca doa, dan cakap-cakap ng anak aku. Cakap tak sabarnya nak jumpa. Kejap lagi kita jumpa yee sayang... *touching kan???*

Masuk je bilik bedah. Doctor bius nak bius aku. Masa tu ada doc peluk aku. Tak nak bagi bergoyang. Tangan aku dakap bantal. Masa ni aku duduk. Bila dah dibius tu, aku dibaringkan. Doc tanya, kaki ada rasa ke tak. Mula lah kaki aku macam lumpuh. Tak rasa langsung. Masa tu diaorang letak kain tinggi-tinggi depan badan aku. Ada orang kata ada cermin kita boleh tgk proses pembedahan tu. Tapi aku tak tahu pun ada ke tak. sebab aku tak pakai cermin mata. Tak nampak pun. lagipun bilik tu sejuk gila tau. Menggigil aku tak boleh tahan kot. Dah lah bajunya nipis kan. Aku fikirkan sejuk aku jee. Tak fikir langsung pasal perut aku yang nak dibedah tu. Dah lah tangan aku kena lock kiri kanan. Macam orang gila aku tahan sejuk. Memang tak koser la nak fikir hal lain. Sejuk sangat-sanggggggaaaatttt tau. Sampai keluar bilik OT tu pun  still gigil sampai takleh control. Kenangan sungguh.

Masa doc toreh perut aku tu, memancut darah keluar. Aku tahu sebab diaorang terjerit. Agaknya aku memang jenis darah memancut kan. Dalam pukul 1.19 petang(Jumaat) amsyar pun lahir. Masa amsyar lahir tu dia senyap jee. Semua orang saspen. Tiba-tiba dengar tangisan baby. Doc cakap.. "hai baby".. masa tu rasa macam..terharu kot.. dah lahir dah anak aku. Alhamdulillah. Dah cuci baru nurse bawa kat aku. Tunjuk jantina baby. Aku masa tu dah kesejukan tahap dewa tau. Aku tengok cakap "boy" . Doc bius tu memang kat sebelah aku jee. Dia tanya dah tahu kee baby boy. Aku cakap dah tahu. Sebelum baby p bawa pemeriksaan. Dia bagi aku cium baby. Baby bau badan aku. Masa tu doc masih jahit perut aku lagi. Aku lak dah tak tahan gigil kesejukan. Lepas jahit, diaorang pakaikan pad dan bersihkan badan aku. Satu badan ok. Rasa macam berbogel jee. (agaknya laaa) pastu dia spray apa ntah. Dah pakaikan baju hijau tuk operation tu, baru aku dia tolak keluar. Masa kat luar, still rasa sejuk. Aku tunggu dalam lima belas minit kot. Nak tgk kalau ada tumpah darah ke kan. Pastu aku dgr ada orang jerit "baby Norhayati. boleh ambil sekarang". Masa tu aku diusung lagi. Ntah kemana pun aku tak tahu. Masa ni dah rasa dah sakit kat perut tu kesan bedah. Kalau katil aku terlanggar pintu ke apa..memang sakit sangat, Rasa macam nak pecah jee perut aku. Sampai terkeluar airmata aku. Punyalah sakit pas bedah tu. Ambil baby. Terus bawa p ward. Masa nak ambil baby tu, aku dah rasa yang hujung sekali tu anak aku. Sebab bedung yang dia pakai tu aku kenal. Pastu dia macam bersuara.. "mak..mak.." aku macam tersentuh bila dengar dia panggil "mak..mak.." hahahaha..

Sampai kat ward, nurse-nurse tolong alihkan aku kat katil aku. Masa ni nurse ramai-ramai pakaikan aku baju pink tu. Pastu nurse kerumun anak aku. Yang aku nak puji hospital serdang ni, dari staff sampai doc semua baik-baik. Rezeki aku lah kan. Nurse -nurse yang kat ward 3 ni pun semua baya-baya adik aku jee. Jenis suka budak-budak. Kerumun lah diaorang kat anak aku. Tak lama pastu suami aku datang. Aku tanya dah tgk baby ke belum. Dia kata dah. dah azankan tadi. Tak lama, mak ayah aku pulak masuk. Senyum jee mak ayah aku. Ayah aku, usap kaki aku kata "sabar yee kak" masa tu aku rasa macam nak mnangis ok. Yelah, abah aku tu garang tau, tapi dia memang pyayang. Yelah, aku mana pernah masuk hospital kan. Bedah-bedah lagi. Nak bersalin pulak kena bedah. Pastu abah aku suh tukar ward kelas satu. Sebab aku kan kena bedah. Memang takleh gerak. Pastu kena stay semalam lagi. Jadi kalau ward satu mak aku leh tolong jaga.

*** Inilah pengalaman aku lahirkan Awang Amsyar Iman. Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. Walaupun aku kena bedah kan. Aku langsung tak takut, gemuruh ke apa. Nurse-nurse kat hospital serdang pun baik-baik je. Kalau ada yang kerek pun sorang dua lah. tapi aku buat tak tahu jeee. Yang lain memang baik sangat. doc pun baik sangat. So kepada sesiapa yang nak bersalin kat serdang dipersilakan. Memang servis (masa aku lah) tip top. Kalau nak lagi tip top kat private lah kan. Tapi ini pun dah alhamdulillah. Ingat senang kee nak kerja ng manusia ni. Macam-macam ragam. kita pun kenalah paham kan. Bil aku masa tu rm1200 tak silap. Rm800 tuk bedah. Yang lain-lain tu bil bilik aku. Semalam ambil ward kelas tiga dan semalam ambil ward kelas satu.  ***

Happy Malaysia Day.

Assalamualaikum!! and HELLO!!

Selamat hari Malaysia Uolsss...
Hari ni semua orang cuti kan, my hubby jee yang tak cuti..biasalah kalo kerja sendiri mana lah ada cuti kan. Sampai cuti pun tak tahu dah. Hari tu masa merdeka day, dia pelik pesal adik beradik aku ng abah tak kerja. Merdeka laaa sayang..memang lah cuti kan..awak jer kerja.. hehehehe


Hari ni tak buat apa pun, masak, kemas rumah layan anak..boring-boring surf internet. Aku ingat nak tambah barang baby adik, tapi hari ni cuti kan..tak kuasa lah. Sure orang ramai. Nak berlaga-laga bahu i tak suka laaa..baik pergi hari kerja..nak shopping pun tenang jee.. nasib ingat hari ni Malaysia day, kalau tak..memang payah ler..

Takpelah..lepak rumah jelah. Amsyar tengah layan mickey mouse kat 613. Hari ni Astro bagi byk channel free. So manfaatkan lah sebaiknya. Memang channel 613 kitaorang tak ambil. Ambil BabyTV jee dari kecil sampai dah nak tiga tahun ni. Pas ni adik pulak nak tengok BabyTV. Bukan tgk pun, kasi dengar jee..

Aku sejak tiga hari ni macam tak lalu lah nak makan nasi. Ayik bedal roti.. cucur pisang. Macam tersangkut-sangkut pulak nasi tu kat tekak aku ni. Semalam terbangun pukul 1 am. Dengan amsyar-amsyar terbangun sebab dia tidur awal lepas isyak. So, memang terbangun la. Lagi-lagi orang atas rumah aku ni tak habis-habis kerjanya. Kalau esok cuti memang tak tidur-tidur agaknya orang atas ni. Pastu aku terbangun pagi tadi sebab terkejut dengar dia bertukang. Rasa macam nak sound jee orang atas ni. Pagi petang malam tak habis-habis bising.

Ingat masa amsyar baby dulu, memekak je walaupun tengah malam. Hangin kami laki bini. Adat lah kan tinggal rumah macam ni, atas bawah rumah orang. Yang penting kenalah bertimbang rasa kan. Aku kalau dah tengah-tengah malam amsyar bising ketawa jerit-jerit aku marah sebab orang sebelah bawah atas nak tidur kan. Lagi-lagi orang sebelah aku ni ada anak kecil. Kita pahamlah sebab kita pun pernah ada anak kecil. Ni lagi dua bulan adik baby nak lahir, so, kenalah bertimbang rasa. Harap-harap bila kita paham keadaan orang, Allah akan tolong dan buka pintu hati orang lain tuk paham keadaan kita pulak. Insha Allah.

Berbalik pasal terbangun pukul 1am tu, perut mmg dah berbunyi. Adik baby memang aktif bukan main dalam perut ni. Sampai berbunyi perut aku. Ada tu sampai terkejut aku. Yelah, ibu tengah tidur, adik baby siap buat aksi dalam perut kan. Memang terkejut aku. Amsyar pun terbangun. Bila dengar suara aku ng amsyar dia diam jee tak gerak. Bila dah senyap mula beraksi lagi. Ohww..adik, janganlah lasak sangat..dulu abang amsyar baik jee dalam perut, tapi keluar jee lasak bukan main. Ni baby adik memang lasak sangat dalam perut, dah keluar ntah macam mana ntah. Pengsan ibu nak...

Bangun-bangun tak ada apa lak nak makan. Roti habis. Macam nak pi mamak jee tapi suami aku penat pulak. Tak kan aku nak pi berdua dengan amsyar. Minum milo je lah. Pagi ni, suruh suami beli roti, buat roti salut telur + sosej + daun sup. Makan lah kami anak beranak. Suami aku dah bedal nasi dengan ikan sambal.

Baru aku perasan, tak ada cerita pengalaman aku lahirkan amsyar kan?. Ke ada aku yang tak perasan?.. Nak buat balik lah kang tak ada pulak kenang-kenangan pasal lahirkan amsyar. Ok byeeee.. jumpa lagi. :-)

Khamis, 12 September 2013

Rindu KUNDASANG.

Rindunya masa pi kundasang dua tahun yang lalu. Walaupun ada peristiwa "ngeri" kan. Tapi serius rindu betul. Masa tu amsyar baru 9 bulan kot. Geram tgk amsyar masa tu. Sekarang ni nakal bukan main. Geram juga..tapi geram marah..hahahaha..oklah, layan lah gambar kenangan ni. Ohw lupa, masa kat Kundasang kami tinggal di Kinabalu Pine Resort, Kundasang. Memang best resort ni dan cantik.
Time kat reception. Kinabalu Pine Resort Kundasang.
amsyar iman dan shahriman
cantiknya view. Atas tu gunung kinabalu.
untungnya diaorang ni. Rumah sejuk je.
kami, di Hot Spring.
bambam ibu.
Amsyar je yg mandi. Sebab open sgt.
with SIL nak naik jambatan gantung.
Nasib aku lupa bwk cermin mata. gayat!!
kami.
kami dan SIL.
risau je aku tgk amsyar kat jambatan ni.
Pergi ladang teh tapi hujan. Frust!!
Dalam bilik. Geram la ng amsyar masa ni.
model comel.
amsyar dan ibu.
comelnya..geram!! HAHAHA
depan bilik.
kami!!
SILS, me and amsyar.
kami lagi!! *muntah!*
nah baldi.. hahaha *muntah kali kedua*
Dik, cepatlah lahir, rindu abang ko time debab macam ni.
Keluarga bahagia. Amin. :-)
macam ni pun bolehhh!! hahaha
kami lagi..wakakaka
main playground.
Apa ntah nama tmpt ni. Tapi tak dapat dekat ng lembu. Salah timing.
loving kan??.. hahaha
ibu, amsyar dan wan.
tgk kura-kura. Poyo jee..
tanda amaran feveret.
strawbery segan. mati tak mau.
bertapuk di celah bunga. *Bertapuk=menyorok*
Masa ni kereta buat hal. Leh senyum2 lagi kan..padahal..

Tinggi-tinggi gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung Kinabalu,
Tengok dari jauh,
Hati saya rinduuu... 

Kinabalu letak di Kundasang,
Banyak sayur boleh pilih-pilih,
Apa guna pergi luar negeri, 
Naik Kinabalu,
Hati saya rinduuuu...


*serius rinduuuuuuuuuuuuuuuu.. I LOVE SABAH!!! *

Anak lelaki atau Perempuan?

Aku rasa kan 90% orang yang dah ada anak perempuan mesti nak anak lelaki kan?. Macam tu lah sebaliknya. Macam mak ayah aku dulu. Empat orang anak mak ayah aku perempuan sorang jee lelaki. Tu pun pas mengandung kali ketiga baru dapat. pastu dah tak dapat-dapat. Yang nombor empat ng lima pun perempuan. Aku ingat lagi, mak ng ayah aku ingat adik aku yang nombor lima tu lelaki sebab lasak dalam perut. Aku pun tak tahu mak aku ada scan ke tak. Ke diorang pi klinik gomen je kan. Maklumlah masa tu bukan berduit sangat pun..

Tapi lahir-lahir tengok perempuan. Terima je kan. tak adalah aku tengok mak ayah aku sedih ke apa. Sayang lagi adalah. Sampai sekarang pun manja bukan main. Tapi memang lah dalam hati mengharap anak lelaki lagi kan. Agaknya laaa... hahaha

Bila aku mengandung dan anak aku lelaki, iaitu amsyar, mak ayah aku suka nau. Adik beradik aku pun. Sebab kan family kami kekurangan lelaki. Harapkan ayah dan adik aku Boy tu jee.. *powerkan aku*

Bila aku mengandung kali kedua, aku tak lah harap sangat perempuan. Cuma kalau ada rezeki Allah nak bagi, aku terima dengan gumbiraaa!!. Ada lah juga aku geng kan. Dah dapat sepasang memang seronok. Tapi aku ng suami tak kisah pun..lelaki kee perempuan keee..terima jelah kan.. aku dah scan dan dah comfirm, It's Boy!!.. HAHAHAHAA

Tapi kan bila orang tahu aku akan dapat anak boy lagi, diorang rasa macam aku sedih pulak tak dapat girl. Antara ayat2nya.. " takpelah.. lelaki pun ok juga".. whattt??.. apa maksud.. "takpelah" tu kan??.. aku tak rasa sedih, kecewa pun. Aku ok jee..tujuan aku nak tahu gender tu sebab senang aku nak beli brg baby sebenarnya. Kalau tahu girl, aku belilah baju girl2 sikit..kalo boy.. baju amsyar mmg byk dah..tambah sikit2 jee..bukan sbb apa kan..

lagipun aku kena ingat niat aku masa nk mgandung dulu.. masa aku belum mengandung, aku minta kat Allah, yang aku nak mengandung sebab nak bagi amsyar "kawan". Bila ada adik, ada lah dia kawan kan. Tak adalah main sorang-sorang2 kan. Kesian dia. Sekarang pun asyik mengadu kat aku lambatnya adik nak lahir..amsyar nak kawan dengan siapa ni bu... so, niat tu kena betul kan. Jadi bila Allah bagi aku anak lelaki lagi, aku redha dan terima dengan hati yang sangat2 gembira. Tercapai juga niat aku nak bagi amsyar kawan kan. *berapa banyak kan..kan??..*

Amsyar pun suka bila tahu dia nak dapat adik lelaki. Sebab memang betul-betul geng dia lah kan. Dia kata kalau girl bosan. Asyik main masak-masak jee.. ini pengaruh cerita upin ipin lah ni. Kan Mei mei asyik main masak-masak je. Orang lelaki mana nak main masak-masak kan. Hahaha..

*kan lagi..kan??kan???*

Lagipun baju amsyar banyak. Ada tu baru pakai sekali dah tak muat. Sayang kan. Pastu, kasut2 amsyar banyak kot. Aku baru cek tadi. kasut baby jee ada 4 pasang. Kalau tak adik yang pakai siapa kan. Kalau anak perempuan sah-sah kena beli baru. Jimat dah di situ. Dengan seluar lagi. Memang bersyukur sangat. Yelah, ekonomi pun bukannya stabil sangat. Kami kahwin pun baru tiga tahun, masih di awang-awangan lagi. Tunggulah Insha Allah lima tahun mungkin dah betul-betul stabil baru usaha nak dapat girl pula. itu pun kalau Allah izinkan.

Lagipun, kalau anak girl ofkos lah kena belikan rantai..gelang kan. Tak kan anak orang pakai anak kita tak. Sekurang-kurangnya ada lah seurat kan kat badan. Ni anak lelaki tak payah apa-apa pun. Paling pun jam je aku belikan. Hahaha. Memang saving betul.. *alhamdulillah*  hahaha.. aku memang dah fikir habis-habisan tau. Ada sebab lah Allah bagi kan. Mungkin kita rasa kenapa macam ni..kenapa macam tu.. tapi bila kita fikir baik-baik dan sewarasnya, ada baiknya. Macam aku kan, takkan aku tak belikan anak aku gelang, rantai kan. Walaupun aku bukannya suka barang kemas pun. Tapi kalau anak orang pakai, tak kan anak ko takder..atleast seurat.

Insha Allah kalau ada rezeki, adalah kan. Kalau tak ada, aku ok jee..terima atleast ada zuriat penyambung generasi. Yang penting keturunan suami aku sebab pangkal nama diorang ada AWANG kan. Atleast ada juga yang akan teruskan nama tu. Tak ada lah aku stress kan kalo tak ada anak lelaki. So bersyukur lah pada Allah. Kalau tak dapat DAYANG pun aku tak kisah.. nnti Insha Allah adalah cucu aku yang guna nama DAYANG.. yang penting AWANG tu..kalau tak ada anak lelaki, habis macam tu jelah nama AWANG tu.. DAYANG pun ilekk lah terusss..

Moral of the story, kita mmg leh merancang..buat plan sebaiknya tapi jgn lupa Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia lagi tahu apa yang terbaik tuk kita. Jangan bersangka buruk dengan Allah. yee kawan-kawan :-)

Selasa, 10 September 2013

Berkumpul bersama!

Tahun ni raya special sikit kot. Sebab adik MIL aku, iaitu usu mi dan family datang ke sabah raya kedua. Ya Allah, dah dua tahun kot tak jumpa. Diaorang ni tinggal kat Miri. Datang sini sbb anak usu yang sulung, Izzat saja nak bawa mak ayah dia berjalan ke KK. Singgah rumah FIL sekali. Happy  betul aku sbb aku suka dengan usu mi ni. Dia ni kelakar juga orangnya. Dan byk bagi nasihat dan peringatan. Aku kalau dengan usu ni mmg aku suka gurau dengan dia. Mil aku lagi seronok lah kan. Dia pun dah lama tak jumpa adik dia ni. Asyik datang KL rumah aku je, Miri pun dah lama tak pergi. Maklumlah, FIL aku lah yang selalu nak datang KL sbb rindukan amsyar. So, MIL aku kenalah ikutkan. Orang baru ada dua cucu kan. Amsyar pulak satu2 cucu lelaki buat masa ni. Memang lah FIL aku rindu.

Oklah, layankan gambar jelah yeee... kami sempatlah bawa usu dan family jalan ke KK. Ke pantai tanjung lipat dan ke One Borneo. Selepas tu kami berpisah. Sebab usu nak tinggal di KK.Izzat dah book hotel di KK. Jadi kami pun balik. Balik tu kami singgah ke pantai beringgis pula. Cuma aku, suami, amsyar dan sil2 saja. Sebab MIL dan FIL terus balik. Sebenarnya, kami rancang nak p pantai beringgis berkelah tapi sbb hujan tak henti2 kan, so FIL kata kita berjalan p One Borneo. Sempatlah singgah ke Tanjung Lipat sbb tak nak bagi amsyar sedih. Sebab amsyar yang nak sangat pi pantai. Maklumlah sabahkan banyak pantai. Dari mula datang dah ajak pi pantai. Tu yang Tok Wan dia bawa juga pi pantai. Tapi balik tu singgah juga kami di Beringgis sbb hujan dah berhenti cuma angin memang kuat sangat smpai senget tudung..seronok betul amsyar. Tapi tak lama sebab gerimis balik. Tak dapat mandi pun sbb beringgis ni macam resort. So, pantai tu untuk pengunjung hotel tu je. Tak ada tempat nak salin baju. Kena balik rumah baru boleh salin dan mandi(bilas).

Cuma pantainya bersih la. Dan tak ramai orang. Mari layan gambar2 yee..  :-)

yang pakai tudung orange tu usu mi. Yang merah tu MIL.
Aku dan Usu. OMG gumukkknya aku. Hahaha
SIL2, USU, MIL, AKU.
MIL dan AMSYAR
Yang hujung sekali anak dara usu. Atiya.
romantik tak??.. muntah!!
FIL. Tokwan dan amsyar.
comelnya anakku!! HAHAH
Di One Borneo.
Amsyar dan Qilaa.
Di Pantai Beringgis. Time nak balik.
kuat betul angin masa ni.. tapi best!
suami ku yang gagah! auwwwww!!

Raya 2013.

Assalamualaikum..

Dah sebulan raya aku baru terhegeh-hegeh nak update blog cerita pasal raya. Tahun ni aku beraya side suami aku. Sebenarnya tak ada masalah pun kalau beraya belah suami aku sbb aku seronok je. Baru lah ada suasana kampung, suasana nak raya bila sibuk2 nak balik raya. Excited nak kemas2 baju. Excited tgk kalendar bilalah nak balik raya kan. lagi2 anak aku si amsyar tu dah tahu erti raya. Memang bertambah excitedlah aku. Tapi suami aku jee yang biasa2 je. Dia tu giliran aku pun biasa2 jee..giliran dia pun sama. Memang tak ada perasaan raya btl mamat tu.

Persiapan raya macam biasalah. Aku ni 6 bulan sebelum raya dah buat persiapan raya. Ala bukan persiapan apa sangat. Setakat baju-baju jee..hahaha aku ni kalau raya yang lain takder tak pe, tapi baju harus ada yee n vogue juga.. hahaha.. tapi tahun ni tak vogue lansung sbb ada peristiwa berlaku di malam raya.

Bukan peristiwa apalah. Aku mmg tak beli baju raya sebenarnya tahun ni. Sebab aku tak ada mood  sangat maklumlah mgandungkan. Dengan alahan lagi tak kuasa lah aku nak fikir baju2 raya. Cuba kalau tak mgandung ng takder alahan akulah yang paling sibuk dan pening nak fikir baju raya. Dasar perempuan kan. Nasiblah anak aku lelaki kan. kalau tak mahu gila aku fikir pasal baju raya. Malam raya tu tengah2 aku gosok baju aku yg vogue tu, tetiba anak aku dengan anak buah aku qilaa gurau2 kat belakang aku. Aku ni dah lah tgh payah nak menggosok baju aku tu takut terbakar kan, dalam masa yang sama nak tengok diaorang pulak takut terkena sterika kan. Tup2 baju aku terkoyak sikit (sikit jee pun) kat lengan kiri bahagian bawah. Aku dah tension dah masa tu terus dapatkan suami aku sambil menangis. Mahu tak menangis uolsss...habislah aku tak vogue di pagi raya kan.. perempuan sungguh aku ni. Suami aku kan sayang kat aku, dia tolong aku jahit baju tu..walaupun tak sama macam asal tapi oklah juga cuma tak lah secun asal kan. Bila try pakai..mak aihhhhh...apasal ketat gila ni..gila kee nak pakai baju raya kat umah mertua ketat2 macam tu..

Beratus2 kali kot aku tanya suami aku ketat ke tak.. siap suruh dia jujur lagi tau. Dia cakap mmg ketat lagi2 kat tang b***** tu..maklumlah perempuan mgandung.. *salahakn mgandung pulak..aku yang dasar makan tak ingat kan..* hahahha

pastu sentap pulak bila suami aku kata ketat. Sbb biasalah pompuan kan, mmg harap suami cakap tak ketat padahal sendiri pun tahu ketat. Nasib lah aku bawak baju tambahan kalau tak, mampuslah..hari ini dalam sejarah..baju raya terburuk..sure kena gelak ng adik2 aku kan.. ala, diaorang tu pun kalau tak ada aku yang kreatip ni, jgn harap baju raya diorang cun dan meletopss tau..asal buat baju jee bagi kat aku suh dekoration bajunya.. aku lah juga yang pening macam mana nak fikir biar diaorang vogue..mencik tauuu!!

Tak kisah lah kan. janji sedondon ng suami ng anak. Tunggulah tahun depan, aku balas dendam habis2habisan hahahaha..

oklah, layan jelah gambar raya yang tak seberapa ni. Kat kampung suami aku ni, makanannya kelupis. Macam ketupat palas lah tapi lipatannya macam lepat pisang. Makan dengan kurma atau rendang. Rumah mertua aku mmg meriah kalau raya sbb mertua aku ni anak yang tua. Semua akan datang rumah dia. Pastu raya mmg byk berjalan sbb saudara mara satu kampung je kan.

inilah kelupis. Sumber: Google.

Family suami aku.  SELAMAT HARI RAYA!
Dah balik Selangor!!. Time nak ke jamuan raya.
bersama adik2ku yang sengal.
first time guna set timer! Hahahah
Raya tahun ni pun aku harapkan berjalan masa beraya kat rumah MIL je lah. Balik Selangor mmg tak berjalan sangat pun. Suami aku sibuk kan. Aku pun malas laa nak berjalan dengan keadaan tak selesa ni. Tahun depan lah kita balas dendam. Hahahaha. Tahun ni pun tak ramai orang datang rumah aku. Memahami sungguh kamu semua kan. HAHAHAHAHAHA..

SELAMAT HARI RAYA!!

MAAF ZAHIR BATIN...  :-)