Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 15 September 2013

PENGALAMAN : Melahirkan Awang Amsyar Iman.

Pagi 25hb Nov 2010 (PAGI)

Aku dah kena admitt kat hospital serdang. Sebab 26hb Nov tu aku dah nak dibedah. So merasalah aku tidur satu malam kat hospital sebelum dibedah. Masa sampai di Dewan Bersalin Hospital Serdang tu, aku terus jumpa staff kat kaunter tu bagitahu yang aku kena admitt hari ni. Siap bagi surat. Diaorang suruh aku tukar baju dan pakai kain. Nak buat VE. Mula-mula aku kena bagi sampel air kencing. Baring kat katil dan nak buat VE. Tapi sebab aku dah buat temujanji nak bedah, tak payah buat VE. Fuhhhhh!! Legaaaaaaa.. hahaha. Aku ada baca yang buat VE ni sakit sikit. Kena tarik nafas masa doc tengah buat tu. Diaorang letak CTG kat perut aku. Dengarlah degupan jantung amsyar. Kuat betul. Kejap-kejap hilang sebab dia tak reti diam. Puas nurse cari mana hilangnya degupan jantung dia tu. Masa tengah baring-baring tu, dengarlah ada perempuan mengerang la.. yelah maybe ada yang tengah sakit nak bersalin kan. Ada tu tengah buat VE. Selang dua buah katil dari aku.

Aku nampak sebab tak tarik langsir. Pas dah cek CTG anak aku, aku pun disuruh duduk kat kerusi. Ada lah tiga empat orang juga kat situ. Masing-masing pakai baju pink tu. Katil tak ada katanya. Jadi sementara tunggu ada yang keluar, stay lah kat situ dulu. Nasib aku tak sakit nak bersalin kan. Relax jelah aku tunggu. Siap mak aku belikan makanan lagi. Dalam pukul 3 petang baru dapat katil. Bayangkan punyalah lama nak tunggu katil. kalau dah rasa nak bersalin masa tu memang sadis la kan. Biasalah hospital gomen. Kenalah paham. Bukan sikit orang yang datang. Ada akak tu, dia belum nak bersalin lagi, datang sebab katanya anak dia kurang bergerak. Dia mula-mula nak bersalin kat Serdang ni, tapi bila dengar katil selalu tak cukup dia nak bersalin kat HUKM. Pastu dia bising jugalah sebab lama tunggu. Bagi aku, nak buat macam mana kan. Dah tu murah. kenalah sabar. Kalau nak layanan baik pergilah private. Nurse tu diam jee bila dengar akak tu komplen-komplen. Sabar jelah..

ohw, aku lupa nak bagitahu, aku kena bedah sebab amsyar breech. Iaitu songsang. So, doc Jamil di KPMC buat surat tuk aku refer serdang. Sampai serdang aku terus buat temujanji masa 38week terus bedah. Malas nak tunggu-tunggu lagi. Malas nak tunggu baby pusing sebab aku tengok kat buku rekod aku, memang dari awal amsyar ni breech. Ada sekali jee dia pusing. Redha jelah nak kena bedah kan. Ada lah hikmahnya tu..

Dekat pukul 3 petang baru dapat bilik. Masa tu adalah juga dalam lima orang naik bilik sama aku. Semua nak kena bedah esok. Hahahaha.. masalah apa aku tak tahu sangat. Cuma ada akak ni, ward sama aku cuma katil lain, dia pun nak kena bedah esok sebab anak dia songsang. Anak first songsang, anak nombor dua ni pun songsang. Nauzubillah. harap-harap baby adik tak songsang yee...kalau tak, tak merasa ibu nak lahir normal. hehehe

MALAM

Bermulalah aku bermalam di hospital serdang ni. Kalau ward kelas tiga memang serabut sikitlah. Asyik ada nurse datang jee buat pemeriksaan. Nurse-nurse dari mana pun aku tak tahu. Macam pelatih kat hospital lain. Sebab kalau nurse serdang memang tahu lah kan. Ni baru nak lelap dah kejut. Buat CTG. Aku layan aja lah. Nanti baru nak tidur, setengah jam ada orang datang lagi. Aduhaiii.. masa ni aku teringat suami aku. HAHAHAHAH.. *Rindu sehhhh..*

26Nov (Pagi)

Pagi-pagi aku dah dikejut. Bangun, mandi cuci rambut. Siap pesan cuci rambut. Aku pun tak paham apasal kalau nak bersalin mesti suruh ingatkan cuci rambut. Pastu nurse cucuk jarum kat tangan aku nak masukkan air. Memancut darah aku keluar. Pastu yang tak tahan bila kena masuk 'benda' kat salur kencing. Yelah kan nak bedah. Lepas bedah mana lah boleh jalan sangat. Jadi pasang alat tu tuk bagi aku senang kalau nak tenkecing. Mak aihhh..sakitnya..aku siap terjerit masa nurse tu masukkan alat tu. Nanti air kencing kita mgalir ikut paip tu la. Rasanya?.. hahaha..jangan cakap. Tak senang duduk aku. Rasa macam kencing tak lawas. Sakit kat ari-ari tu. Kejap aku bangun..kejap aku duduk. Ya Allah, azabnya. Sampai lintang pukang air kat tangan aku tu. Patutnya air masuk dalam badan, ni darah keluar ikut salur kat tangan tu. Air satu botol tinggal suku dah. Cepat-cepat aku panggil nurse. Dia nak tukar jarum baru sebab takut jarum dah tersumbat darah. Tapi tak jadi, cuma tukar botol baru jee. Aku dah lega. Tak kuasa aku nak cucuk-cucuk jarum lagi. Dah lah darah aku jenis memacut. Habis lantai aku penuh darah. Aku punya turn tengahari. Tapi aku tak sabar-sabar dah nak kena bedah. Asyik tanya kat nurse jee. tapi dalam pukul 12.30 jugalah baru turn aku sebab ada pembedahan kecemasan.

26Nov (Tengahari)

Aku nampak jee katil yang nak bawa kat bilik bedah tu sampai, aku terus naik. Punyalah gelojoh. Tak panggil nama aku dah baring. Surelah tu turn aku. Aku dah tak tahan ni. Ari-ari aku dah sakit kot. Aku nak cepat-cepat je bersalin sekarang. Nurse bagi aku ubat muntah. Takut muntah. Ohw lupa. sebelum tu kena puasa tau. Start pukul 12 malam kena puasa. Nurse call suami aku tapi tak dapat, so call abah aku. Abah dan mama aku pun tunggu masa aku nak dibedah tu. Tak tahu diaorang datang pukul berapa. Aku dibawa ke bilik bedah. Aku pun tak tahu bilik bedah kat mana. Sebab aku baring jee kan masa tu. Nak sampai kat bilik bedah tu, kena tukar lagi katil. Masa ni nurse yang usung aku tu dah tak ada. Orang lain pulak yang usung katil aku. Tunggu kat luar sekejap. Maybe diaorang kat bilik bedah tengah prepare alat-alat nak bedah kan. Masa tu aku baca doa, dan cakap-cakap ng anak aku. Cakap tak sabarnya nak jumpa. Kejap lagi kita jumpa yee sayang... *touching kan???*

Masuk je bilik bedah. Doctor bius nak bius aku. Masa tu ada doc peluk aku. Tak nak bagi bergoyang. Tangan aku dakap bantal. Masa ni aku duduk. Bila dah dibius tu, aku dibaringkan. Doc tanya, kaki ada rasa ke tak. Mula lah kaki aku macam lumpuh. Tak rasa langsung. Masa tu diaorang letak kain tinggi-tinggi depan badan aku. Ada orang kata ada cermin kita boleh tgk proses pembedahan tu. Tapi aku tak tahu pun ada ke tak. sebab aku tak pakai cermin mata. Tak nampak pun. lagipun bilik tu sejuk gila tau. Menggigil aku tak boleh tahan kot. Dah lah bajunya nipis kan. Aku fikirkan sejuk aku jee. Tak fikir langsung pasal perut aku yang nak dibedah tu. Dah lah tangan aku kena lock kiri kanan. Macam orang gila aku tahan sejuk. Memang tak koser la nak fikir hal lain. Sejuk sangat-sanggggggaaaatttt tau. Sampai keluar bilik OT tu pun  still gigil sampai takleh control. Kenangan sungguh.

Masa doc toreh perut aku tu, memancut darah keluar. Aku tahu sebab diaorang terjerit. Agaknya aku memang jenis darah memancut kan. Dalam pukul 1.19 petang(Jumaat) amsyar pun lahir. Masa amsyar lahir tu dia senyap jee. Semua orang saspen. Tiba-tiba dengar tangisan baby. Doc cakap.. "hai baby".. masa tu rasa macam..terharu kot.. dah lahir dah anak aku. Alhamdulillah. Dah cuci baru nurse bawa kat aku. Tunjuk jantina baby. Aku masa tu dah kesejukan tahap dewa tau. Aku tengok cakap "boy" . Doc bius tu memang kat sebelah aku jee. Dia tanya dah tahu kee baby boy. Aku cakap dah tahu. Sebelum baby p bawa pemeriksaan. Dia bagi aku cium baby. Baby bau badan aku. Masa tu doc masih jahit perut aku lagi. Aku lak dah tak tahan gigil kesejukan. Lepas jahit, diaorang pakaikan pad dan bersihkan badan aku. Satu badan ok. Rasa macam berbogel jee. (agaknya laaa) pastu dia spray apa ntah. Dah pakaikan baju hijau tuk operation tu, baru aku dia tolak keluar. Masa kat luar, still rasa sejuk. Aku tunggu dalam lima belas minit kot. Nak tgk kalau ada tumpah darah ke kan. Pastu aku dgr ada orang jerit "baby Norhayati. boleh ambil sekarang". Masa tu aku diusung lagi. Ntah kemana pun aku tak tahu. Masa ni dah rasa dah sakit kat perut tu kesan bedah. Kalau katil aku terlanggar pintu ke apa..memang sakit sangat, Rasa macam nak pecah jee perut aku. Sampai terkeluar airmata aku. Punyalah sakit pas bedah tu. Ambil baby. Terus bawa p ward. Masa nak ambil baby tu, aku dah rasa yang hujung sekali tu anak aku. Sebab bedung yang dia pakai tu aku kenal. Pastu dia macam bersuara.. "mak..mak.." aku macam tersentuh bila dengar dia panggil "mak..mak.." hahahaha..

Sampai kat ward, nurse-nurse tolong alihkan aku kat katil aku. Masa ni nurse ramai-ramai pakaikan aku baju pink tu. Pastu nurse kerumun anak aku. Yang aku nak puji hospital serdang ni, dari staff sampai doc semua baik-baik. Rezeki aku lah kan. Nurse -nurse yang kat ward 3 ni pun semua baya-baya adik aku jee. Jenis suka budak-budak. Kerumun lah diaorang kat anak aku. Tak lama pastu suami aku datang. Aku tanya dah tgk baby ke belum. Dia kata dah. dah azankan tadi. Tak lama, mak ayah aku pulak masuk. Senyum jee mak ayah aku. Ayah aku, usap kaki aku kata "sabar yee kak" masa tu aku rasa macam nak mnangis ok. Yelah, abah aku tu garang tau, tapi dia memang pyayang. Yelah, aku mana pernah masuk hospital kan. Bedah-bedah lagi. Nak bersalin pulak kena bedah. Pastu abah aku suh tukar ward kelas satu. Sebab aku kan kena bedah. Memang takleh gerak. Pastu kena stay semalam lagi. Jadi kalau ward satu mak aku leh tolong jaga.

*** Inilah pengalaman aku lahirkan Awang Amsyar Iman. Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. Walaupun aku kena bedah kan. Aku langsung tak takut, gemuruh ke apa. Nurse-nurse kat hospital serdang pun baik-baik je. Kalau ada yang kerek pun sorang dua lah. tapi aku buat tak tahu jeee. Yang lain memang baik sangat. doc pun baik sangat. So kepada sesiapa yang nak bersalin kat serdang dipersilakan. Memang servis (masa aku lah) tip top. Kalau nak lagi tip top kat private lah kan. Tapi ini pun dah alhamdulillah. Ingat senang kee nak kerja ng manusia ni. Macam-macam ragam. kita pun kenalah paham kan. Bil aku masa tu rm1200 tak silap. Rm800 tuk bedah. Yang lain-lain tu bil bilik aku. Semalam ambil ward kelas tiga dan semalam ambil ward kelas satu.  ***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan