Klik utk belanja Amsyar

Ahad, 6 Oktober 2013

Angah Sanding ( 3 Feb 2013)

Kemuncak!!!

Masa kat butik kak Fasha Mahligai, kitaorang decide nak pakai warna pink belacan. Tapi bila angah testing pakai memang tak naik. Sebab angah kan kulitnya cerah. So, kita pilih-pilih lah lagi. nasib kak Fasha ni tak kisah kitaorang test baju-baju dia. Dia senyum jee.. tetiba aku ternampak warna hijau zamrud atau nama glamournya emerald green, so aku suruh angah pakai. Bila angah pakai memang cantik. Dia pun suka. So, on sajalah. Kita sambar emerald green tu.. Lepas tu perempuan ni nak pakai gaun pulak masa berinai. Memang nak lawan aku lah ni..hahaha...biasalah kan kakak sulung memang jadi ikutan adik-adik.. padahal angah ni dia memang tak pandai sangat nak pilih-pilih ni. Kena bawa aku sebab aku kan cerewet sikit bab-bab ni.. so, terpandang gaun ungu terus juga sambar gaun ungu..malas dah nak fikir-fikir. Masa aku gaun putih. So, tak nak nampak sama angah ambil gaun ungu dan lelaki kot ungu juga. Nasib ada aku kan..kalau tak..ntah apa-apa angah pilih..dia tu angguk-angguk jeee pandaiii..

Baju Family memang saja kitaorang ambil warna Silver sebab tak nak over shadow pengantin.. katanya laaaa... padahal aku rasa adik beradik aku ni memang suka mengover shadow antara satu sama lain. Kahkahkah... cakap jee tak nak over shadow kan..padahal dah ada Plan B kat kepala.. *akulah tu..mastermind* 

ala...sebenarnya ni dinamakan jalan selamat. Angah ni tak tahu lagi nak pakai warna apa. Mak ayah aku pun tak koser lah nak memikirkan hal ni. Cukuplah masa aku jeee hari tu. Bila anak kedua dan seterusnya pandai-pandai kau lah nak pakai tema apa... kesian aku tau, time nak kahwin sampai merajuk-rajuk nak pilih warna tema..sampai angah terus buat tak tahu...citarasa sendiri..rasa macam anak angkat pulak.. *kahkahkah*

patutnya time angah lah mak ayah aku masuk tangan kan..sebab angah ni kadang-kadang blur sikit.. aku pulak jenis byk idea..ohw..nak ini..nak itu..tapi ada jee sekatan... *mata keatas*

nasiblah warna purple diapprove oleh abah aku. Eh..ni apasal citer pasal aku lak ni..hahaha...biasalah merepek bagi panjang story kan.. padahal tak puas hati..hahahaha

marilah kita layan gambar-gambar ni... ada soklan boleh pm aku kat FB yee.hehehehe

ni yeee adik-adik warna emerald green.

aku,alang dan amsyar. baju by me.

kaum kerabat dari JOHOR!..

Makcik ku yang tantekkk!

Alang dan Cik Ana.

Sanding Time

cantiknya adikku.. heheheh

pengantin dtg..apa la gambar ni lintang pukang..*layan*

adik bongsuku yang dah jadi anak dara.

pembantu Plan B aku..hahahaha *mata keatas tangan di bahu*

Abah , cik Din dan cik Lin.

Sil pun datang. Thank You!!

Amsyar suka mak long datang juga!

atuk dan nenek Tanjung Karang.

mama (tengah)

Kenyangkan perut anak dan suami..eh???..

Keluarga bahagia. *Takkan Terpisah* Amin.

mana aku???... amsyar lah ni buat hal nak tidur.

Beradekkkkss..

Hahahahahah..
sekian... *hehehehe*

Sabtu, 5 Oktober 2013

Angah Berinai ( 2 FEB 2013)

Malam tu ada majlis berinai pulak. Layan jelah gambar yeee.. maaflah kalau gambar kami lagi banyak dari gambar pengantin.

Aku, alang ng adik sepakat pakai jubah. Alang lah ni nak pakai jubah. Dah lah aku nak menyusukan amsyar masa tu, tetiba nak pakai jubah pula. Layankan ajalah. Dah lah aku jeles tengok jubah diaorang kemain cantik kan. Rupanya diaorang dah shopping jubah tanpa pengetahuanku. Dasar tak nak kalah. Maklumlah kalau aku tahu, sure aku lah yang akan kalahkan diaorang kan. Takpelah, kali ni aku mengalah. Bagilah budak-budak baru nak naik kan.. *hahahaha.. mata ke atas*

Petang pas nikah tu, kitaorang buat Henna. Aku lah yang jadi mangsa diaorang ni. Siap dua tangan pulak tu. Aku satu tangan jee, dah semua kata tak pandailah..tak kreatif laaa..memang tak nak aku cantik dari diorang lah ni...takpeee aku paham... hahaha... masa dioarng pakai inai kat jari tu aku laju-laju bawak amsyar masuk bilik susukan dan tidurkan amsyar hahahaha...kalau tak aku jee jadi mangsa diaorang ni..tak kuasa mak tauuu... kalau henna kat kulit tu oklah juga ni yang kat kuku tu memang tak koser yeee..pengantin jeee aku mampu tolong..yang lain-lain sila fikir sendiri macam mana nak pakai...

Bila aku bangun jee..masing-masing dah siap pakai henna kat kuku.

*Selamat aku...kehkehkeh*

petang tu, nenek, seri dan cik jah (adik mak aku) datang... layan diaorang sebelum bersiap untuk malam berinai. Ohw aku lupa nak bgtahu kan, kitaorang ambil set andaman dan pengantin dari butik kak Fasha Mahligai. Bagi aku, servis kak Fasha bagus dan memuaskan hati. Kak fasha ni pun baik dan senang nak dibawa berbincang. Rupa-rupanya baru ku tahu kak Fasha ni rupanya senior aku masa sekolah dulu. Patutlah muka macam pernah nampak, tapi tak ingat. So, kalau korang nak kahwin ke..tunang keee..bolehlah contact kak Fasha. Harga pun boleh runding.

aku pakai gaun dia pun nak gaun jugaaa..

Mak su, Mak Ngah dan amsyar

Alang, angah dan adik

ko kenapa dik??..nak gaduhhh??..hhahaha

tayang henna la tu..tak koser mak!

kami tiga beradekkk

angah dan nasir.

Henna angah tu aku yang buat. Meletopsss!!

Angah Nikah. ( 2 FEB 2013)

Hahahaha... *gelak kejap...*

Nak setahun kot baru aku terhegeh-hegeh nak update. Aku baru teringat..ohw kisah angah nikah belum update kat blog, maka cepat-cepat lah aku update. Saja jee pun update. Mana tahu nak baca balik suatu hari nanti. Gambar banyak aku upload kat FB, tapi dah private. Biasalah aku kan..seminggu jeee public pastu aku terus private.

Sebenarnya majlis ni patutnya dibuat bulan March tapi masa bertunang pihak lelaki nak buat bulan Februari. Awal sebulan. Masa tu pun tengah kecoh nak pilihanraya. Takut bulan March pilihanraya juga. So, abah aku pun fikir-fikir, oklah..kita buat bulan Februari. Kami yang lain ok saja..tapi pengantin lah. Tanjat boboi katanya... hahahaha..nasib ko lah ngahh...

Untuk nikah, baju dan veil serta tudung aku yang buat. Ada juga yang nak tempah kat aku pastu tapi almaklumlah lepas angah kahwin aku pun mengandung. Dengan alahan yang teruk lagi. Memang aku tak ambil tempahan masa tu. Oklah, kita layan je dulu gambar-gambar nikah ni yee..

Pengantin perempuan.

Macam biasa, abah yang nikahkan. Abah baju kuning.

Tengoklah tu anak aku. Sedap je landing.

Sarung cincin. Batal air sembahyang.

Amsyar dan mak dang (mak lang)

sudah halal!

baju, tudung n veil angah aku yg buat.

posing seblm nikah sebenarnya

cantiknya adik aku... *hehehe*

bilalah agaknya angah pakai aku berinci ni.

amsyar dan mak ngah kesayangan.
kasut tinggi tu sebenarnya nak pakai time nikah. Tapi tak jadi buat hantaran. Sebab tingginya bukan main. takut terpelecok hahahaha... aku pun tak tahu bila agaknya angah pakai kasut tu..lupa pulak aku nak tanya. Kasut tu kitaorang beli kat Mines. Ada sales..

Khamis, 3 Oktober 2013

Perkembangan tika 34 minggu

Alhamdulillah.

Minggu ni kandungan aku dah pun bakal masuk ke 34 minggu. Semalam pi cekup dengan doc Mimi di KPMC, doc cakap berat baby 2kg. Tapi kalau ikutkan 2.3kg. Doc kata baby aku ni kecil. Berat aku pun turun sikit. Agaknya sebab sejak akhir-akhir ni aku tak lalu makan sangat. Masak tapi tak makan. Macam mana?..

Aku makan pun sebab kesian kat orang dalam. Kalau tak memang aku tak makan. Kalaulah masa tak mengandung macam ni kan bagus. Mahu kurus aku kan..hahaha .

Alhamdulillah semuanya ok. Baby pun elok jee kat bawah. Aku bukan apa, takutlah kalau songsang (breech) macam amsyar dulu. Mahu kena czer lagi kan. Harap-harap bolehlah normal pulak kali ni. Amin Ya Rabbal Alamin.

Time amsyar dulu, dari awal dah breech. Sekali je kot dia kat bawah. Aku ni dah lah tak tahu pasal istilah perubatan ni kan. Sekali time 34week doc kata breech. Padahal memang dari awal kot amsyar ni breech cuma doc tak nak bagitahu sebab maybe baby leh pusing kan. Tapi tak. Tu yang aku selalu rasa sesak kat ulu hati aku. Selalu sangat rasa prdih hulu hati.

Yang baby adik pula, aku selalu rasa nak terkucil. Hahahaha.. Kadang-kadang tu sampai kena pakai pad sebab takut tak sempat ke tandas. Buat malu betul. Yang baby adik ni memang lasak. Memang rasa lah sikunya..lututnya..tajam betul. Lagi-lagi kalau aku mengiring. Marah betul dia. Mulalah rasa tajam-tajam siku kee lutut keee marah kat aku..

Harap-harap semuanya selamat sampai ke akhirnya. Nervous juga macam mana rasanya melahirkan secara normal. Sakitnya macam mana. Nak menghadapinya macam mana. Boleh tak aku teran tanpa koyak yang banyak. Wauuuuu..sungguh seriau tau kalau fikir. Sebab tu aku malas nak fikir. Biarlah bila tiba masanya nanti macam mana..

baby 34 weeks.
Berat bayi anda sekarang 2.2kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan,
pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya
pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semut dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah
tip-tip membantu diri kami.


sumber: BabyCenter

Rabu, 2 Oktober 2013

Impian dapurku.

Hahahaha...

rajin nau masakkan?..nampak tak di situ??..

aku ni nak kata rajin taklah tapi TETAP kena masak. Sebab aku ng suami memang tak berapa suka lah makan kat luar ni. Kadang2 rasa macam tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang geli (ni sbb pak mertua aku suka cerita pasal mandrem guna barang kotor), pastu kebersihan pun aku cerewet jugak.

Kalau masak sendiri, kita pastikan bahan2 dicuci sebersihnya. Nak guna bahan apa. Macam aku, memang tak guna ajinomoto yee kawan-kawan. Aku memang tak suka guna ajinomoto. Dan aku ni, ada satu perangai, aku kurenggg percaya lah kalau guna ajinomoto jadi sedap..yeker??

So, aku rasa, nak bagi aku lagi semangat nak masak, aku memang berangan lah nak dua barang ni..

apa dia???.. hahahaha...

Pan 
periuk ala-ala vision ni
Aku rasa orang lain dah lama kot ada kat rumah. Kesian kan...aku non ada laaa...aku nak pan tu bukan apa...senang nak buat roti jala. Ni nak buat roti jala pun susah..hangin jee aku.. hahahaha..dah lah aku suka makan roti jala kan...bukan susah nau nak buat, tapi tempat nk buat tu tak ada. Kalau mak aku, dia guna yang macam orang kedai burger tu. Tu abah aku buat sendiri. Kalau ada pan ni kan cantik roti jala aku..tak adalah hodoh walaupun rasanya memang sedap (hahahaha)

Yang periuk ala-ala vision tu, aku nak sebab adalah penaik semangat aku nak masak kan. Ni asyik pakai periuk buruk tu. Memang lah periuk tu banyak berjasa dengan aku selama ni, tapi kalau ada periuk macam vision ni lagi masakan aku jadi semakin sedap kot.. (kot)

Nak pi langkawi jaun nau pulak. Ntah bila dapat p kan...ke ada sesiapa nak hadiahkan aku periuk dan pan ni?.. (berangan jela....)


:-)

Dugaan Allah.

Dugaan Allah pada tiap hambanya tak sama kan. Ada yang diuji macam2 perkara. Kadang2 kita rasa kita lah manusia paling malang kat dunia ni, tapi sebenarnya ada orang yang lbh susah dari kita. Jadi bersyukurlah...