Klik utk belanja Amsyar

Sabtu, 5 Oktober 2013

Angah Berinai ( 2 FEB 2013)

Malam tu ada majlis berinai pulak. Layan jelah gambar yeee.. maaflah kalau gambar kami lagi banyak dari gambar pengantin.

Aku, alang ng adik sepakat pakai jubah. Alang lah ni nak pakai jubah. Dah lah aku nak menyusukan amsyar masa tu, tetiba nak pakai jubah pula. Layankan ajalah. Dah lah aku jeles tengok jubah diaorang kemain cantik kan. Rupanya diaorang dah shopping jubah tanpa pengetahuanku. Dasar tak nak kalah. Maklumlah kalau aku tahu, sure aku lah yang akan kalahkan diaorang kan. Takpelah, kali ni aku mengalah. Bagilah budak-budak baru nak naik kan.. *hahahaha.. mata ke atas*

Petang pas nikah tu, kitaorang buat Henna. Aku lah yang jadi mangsa diaorang ni. Siap dua tangan pulak tu. Aku satu tangan jee, dah semua kata tak pandailah..tak kreatif laaa..memang tak nak aku cantik dari diorang lah ni...takpeee aku paham... hahaha... masa dioarng pakai inai kat jari tu aku laju-laju bawak amsyar masuk bilik susukan dan tidurkan amsyar hahahaha...kalau tak aku jee jadi mangsa diaorang ni..tak kuasa mak tauuu... kalau henna kat kulit tu oklah juga ni yang kat kuku tu memang tak koser yeee..pengantin jeee aku mampu tolong..yang lain-lain sila fikir sendiri macam mana nak pakai...

Bila aku bangun jee..masing-masing dah siap pakai henna kat kuku.

*Selamat aku...kehkehkeh*

petang tu, nenek, seri dan cik jah (adik mak aku) datang... layan diaorang sebelum bersiap untuk malam berinai. Ohw aku lupa nak bgtahu kan, kitaorang ambil set andaman dan pengantin dari butik kak Fasha Mahligai. Bagi aku, servis kak Fasha bagus dan memuaskan hati. Kak fasha ni pun baik dan senang nak dibawa berbincang. Rupa-rupanya baru ku tahu kak Fasha ni rupanya senior aku masa sekolah dulu. Patutlah muka macam pernah nampak, tapi tak ingat. So, kalau korang nak kahwin ke..tunang keee..bolehlah contact kak Fasha. Harga pun boleh runding.

aku pakai gaun dia pun nak gaun jugaaa..

Mak su, Mak Ngah dan amsyar

Alang, angah dan adik

ko kenapa dik??..nak gaduhhh??..hhahaha

tayang henna la tu..tak koser mak!

kami tiga beradekkk

angah dan nasir.

Henna angah tu aku yang buat. Meletopsss!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan