Klik utk belanja Amsyar

Rabu, 2 Oktober 2013

Impian dapurku.

Hahahaha...

rajin nau masakkan?..nampak tak di situ??..

aku ni nak kata rajin taklah tapi TETAP kena masak. Sebab aku ng suami memang tak berapa suka lah makan kat luar ni. Kadang2 rasa macam tak tahu nak makan apa. Kadang-kadang geli (ni sbb pak mertua aku suka cerita pasal mandrem guna barang kotor), pastu kebersihan pun aku cerewet jugak.

Kalau masak sendiri, kita pastikan bahan2 dicuci sebersihnya. Nak guna bahan apa. Macam aku, memang tak guna ajinomoto yee kawan-kawan. Aku memang tak suka guna ajinomoto. Dan aku ni, ada satu perangai, aku kurenggg percaya lah kalau guna ajinomoto jadi sedap..yeker??

So, aku rasa, nak bagi aku lagi semangat nak masak, aku memang berangan lah nak dua barang ni..

apa dia???.. hahahaha...

Pan 
periuk ala-ala vision ni
Aku rasa orang lain dah lama kot ada kat rumah. Kesian kan...aku non ada laaa...aku nak pan tu bukan apa...senang nak buat roti jala. Ni nak buat roti jala pun susah..hangin jee aku.. hahahaha..dah lah aku suka makan roti jala kan...bukan susah nau nak buat, tapi tempat nk buat tu tak ada. Kalau mak aku, dia guna yang macam orang kedai burger tu. Tu abah aku buat sendiri. Kalau ada pan ni kan cantik roti jala aku..tak adalah hodoh walaupun rasanya memang sedap (hahahaha)

Yang periuk ala-ala vision tu, aku nak sebab adalah penaik semangat aku nak masak kan. Ni asyik pakai periuk buruk tu. Memang lah periuk tu banyak berjasa dengan aku selama ni, tapi kalau ada periuk macam vision ni lagi masakan aku jadi semakin sedap kot.. (kot)

Nak pi langkawi jaun nau pulak. Ntah bila dapat p kan...ke ada sesiapa nak hadiahkan aku periuk dan pan ni?.. (berangan jela....)


:-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan