Klik utk belanja Amsyar

Khamis, 3 Oktober 2013

Perkembangan tika 34 minggu

Alhamdulillah.

Minggu ni kandungan aku dah pun bakal masuk ke 34 minggu. Semalam pi cekup dengan doc Mimi di KPMC, doc cakap berat baby 2kg. Tapi kalau ikutkan 2.3kg. Doc kata baby aku ni kecil. Berat aku pun turun sikit. Agaknya sebab sejak akhir-akhir ni aku tak lalu makan sangat. Masak tapi tak makan. Macam mana?..

Aku makan pun sebab kesian kat orang dalam. Kalau tak memang aku tak makan. Kalaulah masa tak mengandung macam ni kan bagus. Mahu kurus aku kan..hahaha .

Alhamdulillah semuanya ok. Baby pun elok jee kat bawah. Aku bukan apa, takutlah kalau songsang (breech) macam amsyar dulu. Mahu kena czer lagi kan. Harap-harap bolehlah normal pulak kali ni. Amin Ya Rabbal Alamin.

Time amsyar dulu, dari awal dah breech. Sekali je kot dia kat bawah. Aku ni dah lah tak tahu pasal istilah perubatan ni kan. Sekali time 34week doc kata breech. Padahal memang dari awal kot amsyar ni breech cuma doc tak nak bagitahu sebab maybe baby leh pusing kan. Tapi tak. Tu yang aku selalu rasa sesak kat ulu hati aku. Selalu sangat rasa prdih hulu hati.

Yang baby adik pula, aku selalu rasa nak terkucil. Hahahaha.. Kadang-kadang tu sampai kena pakai pad sebab takut tak sempat ke tandas. Buat malu betul. Yang baby adik ni memang lasak. Memang rasa lah sikunya..lututnya..tajam betul. Lagi-lagi kalau aku mengiring. Marah betul dia. Mulalah rasa tajam-tajam siku kee lutut keee marah kat aku..

Harap-harap semuanya selamat sampai ke akhirnya. Nervous juga macam mana rasanya melahirkan secara normal. Sakitnya macam mana. Nak menghadapinya macam mana. Boleh tak aku teran tanpa koyak yang banyak. Wauuuuu..sungguh seriau tau kalau fikir. Sebab tu aku malas nak fikir. Biarlah bila tiba masanya nanti macam mana..

baby 34 weeks.
Berat bayi anda sekarang 2.2kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan,
pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.

Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya
pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semut dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah
tip-tip membantu diri kami.


sumber: BabyCenter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan