Klik utk belanja Amsyar

Sabtu, 30 Ogos 2014

2014 yang...

Assalamualaikum dan alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan tetapi masa jee yang mjadi penghalang. (selain malas..kihkihkih)

Mungkin buat maraton hujung tahun. Cerita dari awal tahun sampai akhir tahun aku catatkan dalam blog ni. yang pasti lbh bnyk PAHIT dari yang manis. Masya Allah, manusia diduga sentiasa dan dugaan berbeza-beza. Itu tanda Allah sayangkan kita dan masih endahkan kita. Jika Allah dah tak endahkan kita, Dia beri saja apa yang kita mahu tanpa diuji. Biar kita yang kufur mjadi semakin kufur apabila lupa akanNya.

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan ujianMu. Walaupun berat, perit dan sengsara, aku terima. Aku takkan putus asa berdoa kepadaMU. Semoga dugaan hari ini, menguatkan diriku untuk menempuh hari esok.

Amin Ya Rabbal Alamin.

* Hidup tanda dugaan ibarat belajar tanpa peperiksaan. Jika kita tak diuji, bagaimana kita mahu mengetahui sekuat mana diri kita?. Ujian adalah tanda Allah sayangkan kita. Dia mahu mengangkat darjat kita di akhirat kelak. Redha dan bersangka baiklah dengan Allah. Dia tahu tahap mana kemampuan hambaNya. Berdoa semoga ujian dan dugaan yang diberi mampu kita terima dan hadapinya. Insha Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.


ikhlas,

Yatie.

Jumaat, 25 April 2014

Pengalaman Kedua - Part 3


Kisah Pertama Pengalaman Kedua - Part 1
Kisah Kedua  Pengalaman Kedua - Part 2

Bila dibaringkan tu, macam biasalah. Atas dada aku diletakkan kain setinggi-tingginya. Lepas tu aku langsung tak nak fikir apa dah. Aku tenangkan fikiran konon2 macam aku kat tepi pantai tengah ambil angin laut. Macam tu la.. sebab aku tak nak fikir sangat pasal aku yang tengah dibedah tu. Seingat aku, aku masuk OT ROOM dalam pukul 12am, pukul 12.12 Aydan keluar. Siap jahit semua maybe dalam 12.20am kot..

Aku masa tu mmg mamai dan mengantuk. Tapi dalam OT ROOM memang sejuk yang melampau. Sampai mengigil tak terkawal aku. Bila aku dengar Aydan menangis tu, aku lega la. Aydan dah keluar. Bila nurse bagi Aydan menyusu kat aku. Macam biasalah, anak-anak aku memang pandai menghisap. Boleh pulak Aydan tak nak lepas menyusu. Dia tak nak lepas. Nurse bagi can lagi lama sikit. Nurse cakap " awak nak kena bawa jumpa ayah awak ni, nak azan"

Bila Aydan pergi tu, aku memang mengantuk. Nurse cakap, puan rehatlah. Kami tengah bersihkan badan puan. Sebelum tu, Doc Bius ada masukkan ubat kat tangan aku. Katanya ubat bagi panaskan badan. Dia siap cakap ubat tu kesannya mengantuk sikit. Mengantuk sikit apanya. Macam nak tertutup terus mata aku sebab tak tahan mengantuk.

Bila dah siap tu, aku di bawa ke bilik bersalin..kat luar tu. Tunggu Aydan. Sebab kalau dia tak ada masalah memang kena bawa sekali dengan ibu ke Wad. Kena susukan. Tapi Aydan budaknya sangat baik, malam tu dia tidur saja sampai pagi. Aku pun lena dan dapat rehat. Pagi tu dalam pukul 5am nurse kejutkan aku nak periksa. Aku sempat minta tolong akak sebelah, dia ni baru masuk masa aku kat bilik bersalin, angkatkan Aydan sebab nak menyusukan dia. Kali ni tak sakit macam amsyar dulu, aku boleh bangun mengiring sampai kena tegur dengan nurse. Kena baring tegak, tak boleh mengiring katanya,

Sempat juga aku muntah masa tu. Aydan pun muntah sikit. Ada ramai juga pesakit yang bersalin czer muntah lepas dibedah. Macam pening sangat.

Aku tinggal kat hospital dalam 4 hari. Campur hari aku ditahan. Tapi mmg tenang jee kan kalau kat hospital. Kerja kita jaga anak je. Makan semua orang hantar. Malam-malam kalau anak tak dapat tidur, kita jaga anak sambil borak dengan jiran sebelah..

Hahahaha..

Tapi rindu juga dengan si Amsyar. Tak sabar nak jumpa amsyar...


Khamis, 24 April 2014

Pengalaman Kedua PART 2


Sambungannya....

pengalaman kedua Part 1

Masa ni aku ng suami aku boleh gelak-gelak lagi. Buat tahan nafas lah macam one born every minute. Time aku mengandung tiap kali ada rancangan tu aku tgk. Konon-konon sebagai persediaan. Hampeh jee..

9PM

Doc yang mula2 check aku tu dtg balik. Dia check bukaan. Progress lambat. Dia keluar panggil nurse sambil tangan dia macam tadah sesuatu. Dia cakap " Puan, ketuban tak pecah habis. Agaknya sebab tu progress macam lambat". Aku dah macam frust la. yelah kalau ikut lah kata doc, first time nak bersalin normal, 1CM 1 JAM.. aku ni dari pukul 1petang asik 1cm jee naiknya. Kalau tak dah bersalin kot.

Doc try pecahkan habis. "Ok..dah pecah habis puan."
Aku tanya " sure ke ni doc. Karang tak sure lagi, lagi lambat la saya nak bersalin ni"

Doc tu keluar. Tiba-tiba ramai orang masuk kat bilik aku tu. Adalah dalam enam orang kot termasuk sorang doc perempuan. Pakar kot. Dia cakap..

" Ibunya masih larat lagi ke?. Masih nak teruskan usaha nak bersalin normal?"
"Kenapa doc"
"Kalau tgk dari progress macam lambat sangat. Takut baby ada komplikasi. Lagipun air ketuban dah keluar lebih 24jam. "

Aku macam..eh..eh... salah aku kee?.. kalau doc tu check betul2 air ketuban tu pecah habis ke tak dari awal kan senang. Tak adalah aku tunggu lama giler macam ni..rupanya sebab air ketuban tak pecah habis. Tension betul aku.

"Lagipun puan ada sejarah czer. Takut nanti koyak pula bekas jahitan lama tu. "

Apa-apa jelah doc.

" Jadi saya bagi cadangan supaya puan czer"

Aku macam blur. Masa tu dah rasa sakit sikit. Maybe sebab air ketuban dah pecah habis kan. Aku cakap aku tak boleh buat keputusan sekarang. Kena panggil suami aku. Diorang pun panggil suami aku. Terangkan balik. Suami aku pun blur juga. Nak terus czer ke?. Ke nak tunggu lagi.? Tapi yang aku ingat suami aku macam bengang la jugak Dia siap cakap..

"Kalau czer, baik awal-awal lagi czer. Ni punyalah lama baru nak beritahu kena czer"

Doc bagi tempoh dua jam jee. Masa tu dah puluk 9 lbh. Maksudnya sampai pukul 11.30pm, kalau tak naik 10cm mmg aku czer la jawabnya.

Masa tu sakit dah mula. Memang menggelupur lah aku. Rasa macam nak terberak lagi. Banyak kali kot aku panggil nurse sebab aku rasa macam nak berak sangat dah ni. Nurse buat VE, dia kata dah 8cm. Masa tu dah pukul 10 lebih.. sorang pulak check 7cm.. aduhai..lain jari lain pulak bukaannya. Masa tu dah tak rasa apa dah kena seluk2 tu. Aku lagi rasa sakit nak beranak tu. Nurse kata jangan teran. Tunggu 10cm kalau sempat. Aku tahanlah hujung kaki kat katil. Punyalah berguling-guling aku tahan sakit tu. last-last akuy cakap kat suami aku, czer jelah. Aku dah tak larat ni. Berapa lama aku tak makan. Air pun tak minum. Mana nak meneran lagi. Sakit lagi. Sekarang baru 8cm ntah sempat ke tak nak naik lagi 2cm padahal dah nak pukul 11malam kan.

Aku tekan bell. Nurse datang. Aku cakap nak czer. Serius sakit. Aku macam, cepatlah sakit ni pergi. Aku tak kira aku nak czer juga. Nurse suruh selawat dan istigfar banyak-banyak. Tapi otak aku dah tak terima sebab sakit. Diorang suruh aku sedut gas. Aku tak nak mulanya. Sebab aku tgk dalam One Born Every Minute tu, kalau hisap gas mesti mamai. Memang betul pun. Sakit tak kurang. Mamai pulak. Memang la aku nak czer sangat-sangat ni..

Diorg suruh aku sain borang. Masa tu aku langsung tak larat nak sain. Apatah lagi nak baca. Bayangkan sakitnya macam mana. Doc yang suruh aku sain tu doc yang mula2 pecahkan air ketuban aku tu. Aku cakap aku tak larat nak pegang pen ni. Suruh suami aku lah. Doc tu p tanya nurse. Nurse kata tak boleh. Kena pesakit juga. Nampak sgt doc tu baru atau masih dalam latihan kan. sebab tu pecahkan ketuban aku pun tak lepas.

Nurse kata aku kena tunggu dulu. Sebab kat OT ROOM ada emergency case. Baby lemas. Alahai, masa tu aku rasa macam nak sumpah2 pun ada. HAHAHAHA.. tapi dalam hati jelah. Masa ni pulak ada emergency case kan.. nurse masukkan tiub dalam pundi kencing. Tapi ni tak lah azab macam mula2 tu sebab ni masuk terus sampai habis operation. Esoknya baru buka. Kalau buka tak sakit pun sebab ada ubat bius. Jangan yang mula-mula tu. Mimpilah aku nak beranak normal.

Bila aku tengok sampai jee katil yang nak bawa aku pi OT ROOM, aku macam tak sabar2 nak naik atas katil tu. Tak menyempat kata orang. Hahahaha. Nurse suruh salam suami aku. Masa tu memang sedihlah. Kesian suami aku. Ingat dapatlah teman aku kalinya. Tak merasa juga.

Aku ditolak ke OT ROOM. Masa tu masih lagi rasa sakit2 kontraksi tu. Kaki aku ni mengigil kot tahan sakit. Dah 8cm kan, maunya tak sakit.

Doc bius datang jumpa aku. Dia terangkan prosedur. Aku masa tu dengar tak dengar jelah. Yang kelakarnya, aku asyik tanya jee mana doc bius. Sampai doc bius nak pakai uniform bilik bedah pun susah. Kena sahut panggilan aku. Aku tak sabar nak kena bius. Nak hilangkan sakit kontraksi ni.

Aku siap complain lagi. Masa amsyar kata 6jam ubat bius tahan kan. Tapi tak sampai 6jam kot. Habis jee operation aku dah rasa sakit tu. Kali ni doc bius janji nak bagi ubat lebih sikit kat aku.

Masa dalam OT ROOM, macam biasalah.. kean duduk tegak pegang bantal. Dua kali juga ubat bius tu masuk dalam badan aku. Yang lainnya, kali ni tak rasa ubat bius tu masuk dalam badan sebab aku tengah sakit kot. Time amsyar rasa. Bila ubat bius dah meresap, leganya aku. Automatik sakit kontraksi hilang.. aku terus dibaringkan. Masa tu aku fikir nak tidur jeeee...

bersambung yeeee..

Rabu, 23 April 2014

Pengalaman Kedua

16 NOV 2014 (SABTU)

Patutnya hari ni adalah duedate aku. Tapi aku belom rasa apa-apa lagi selain rasa ada cecair keluar dari faraj. Tapi air tu sikit sangat. Dan aku tak tahu sama ada tu air ketuban atau tak. Bila aku tanya doc, dia cakap air ketuban keluar banyak disertai bunya 'pop'. Dan, aku sebenarnya tengah tunggu lendir berdarah tu. Itu pengalaman mak aku. Manalah tahu aku pun sama. Sebelum tu, khamis aku ada temujanji dengan Doc Mimi di KPMC. Dia kata servik aku dah lembut. Bagus dan baby dah kat bawah. Bukaan 1.5cm katanya. Macam biasa tunggu sakit. Tapi sampai hari ni sakit memang tak ada. Bagaimana?.

17 NOV 2014 (AHAD)

Parent in law dah ada kat rumah sejak 14 Nov lagi. Baguslah diorg datang awal. Boleh tengok-tengokkan amsyar. Tak la aku risau sangat. Sebenarnya lagi selesa di rumah sendiri. Mainan dia sendiri. Nak tgk BabyTv so dia tak adalah teringat aku sangat kan. Tapi aku berdebar juga nak berpisah dengan amsyar. Aku harap Allah kuatkan hati aku. Aku takut aku menangis rindukan dia. Aku doa semoga cepat aku bersalin boleh terus balik jumpa amsyar. Aku selalu doa supaya aku bersalin awal pagi. Supaya esoknya aku boleh balik. Taklah lama sangat aku kat hospital kan. Ahad tu aku ng PIL, suami  n amsyar pergi tesco kajang. Biasalah tu mmg tempat feveret kami sbb macam2 ada. FIL aku mmg suka p sana. Apa yang dia nak cari semua ada. Kalau tempat lain dia tak berapa suka sangat.

Aku dari tengahri tu, masa tengah tolong MIL masak. Tiba-tiba rasa ada air macam air kencing laju je keluar. Tapi kalau air kencing kita boleh tahan kan nak keluar ni mmg tak leh tahan. Laju je dan panas. Aku p toilet. Air ni jernih n tak ada bau. Kalau air kencing kita tahulah kan. Aku buat tak tahu je. Tapi dalam hati macam cuak-cuak juga. Pakai pad. Sebelum pergi Tesco sempat aku masukkan pad lagi dalam beg. Yang peliknya sekejap jee dah penuh pad aku. Penuh air. Dalam tesco tu aku dah tak ada mood nak jalan dan cari barang. Aku duduk dan p toilet. Tukar pad. Lepas tu penuh lagi. Ehh..kenapa ni?.

Aku ada cerita dengan MIL aku. Tapi pengalaman dia keluar darah macam mak aku juga. So dia tak tahu. Dia kata mungkin baby dah kat bawah so aku tak leh kawal kencing. Aku pun macam tak bersedia nak pi hospital. Malam tu, nak jadi cerita, black out pula. Yang kelakarnya, MIL aku masak sambal ikan bilis dengan petai. Bayangkan makan dengan ditemani lampu lilin je. Mana aku nampak petai tu. Aku bedal je. Hahaha. Selepas makan, aku, suami dan amsyar duduk-duduk kat koridor. Masa ni aku still pakai pad. Sebab panas kan. Tak ada elektrik. Aku pun pergi toilet nak tukar pad. Tiba-tiba aku rasaada air meleleh laju kat peha..jatuh kat betis aku. Jernih dan panas jee airnya. Aku macam pelik. Air apa ni?. Aku call makcik aku. Dia ni nurse ibu bersalin. Dia cadangkan ke hospital cepat. Itu air ketuban agaknya. Takut baby lemas!!. Dah lah black out. Aku ketuk pintu bilik PIL aku. Cakap apa yang berlaku. Nasib barang-barang aku dah kemas. Tinggal yang sikit2 jee. MIL aku risau sebab balckout lagi. Kan rumah aku tingkat 12. Kena guna lif. Kalau tak ada elektrik kena turun guna tanggalah jawabnya.

Mungkin berkat doa MIL aku kan, bila aku nak p jee..tiba-tiba ada balik elektrik. Lega MIL aku. Aku cium amsyar. Nak menangis juga la masa tu. Aku cakap esok ibu balik. Wahhh macam kompident jee kan. Tapi aku harap aku bersalin pagi tu. Sebab aku nak balik cepat bawa adik jumpa abang.

Sampai Hospital, aku terus daftar. Ada seorang nurse ni macam kerek sikit. Dia cakap apasal tak datang petang tu terus. Aku cakap aku tak tahu tu air ketuban. Orang sekeliling aku pun tak tahu. Macam biasalah, kena ambiil air kencing. Yang lawaknya, kan aku TERmakan petai, habis satu toilet bau petai.. HAHAHAHAHAHA.. nasiblah. Nak buat macammna dah termakan kan. Siapa suruh tak ada elektrik time aku nak beranak. Doc nak check bukaan n pastikan betul kee tu air ketuban. Prosesnya macam nak tgk bukaan faraj tu la. Doc kata mungkin btl air ketuban. Bukaan aku 1.5cm. So kena tahan wad. Aku beritahu suami aku yang aku kena tahan wad. Bersalin tak tahu bila. Aku langsung tak rasa sakit ke apa. Harap2 adalah sakit.

Aku masuk wad. Ada cina, melayu dua orang. Sorang tu dah bersalin czer tapi macam tumpah darah kot. Yang sorang tu katanya baru 34week tapi kena induce. Aku masa tu tak selesa sebab air ketuban tu. Nasib kat katil ada lapik kan. Berulang-ulang kali aku p toilet tular pad. Tapi aku rasa macam rugi jee. Sebab cepat nau penuhnya. Last2 aku decide tak payah lah pakai pad. Biarlah air ketuban tu. Lagipun pad aku tinggal sikit jee ni. Karang macam mana pulak. Aku call suami aku. Kesiannya dia. Dia tunggu dalam kereta. Tidur pun dalam kereta. nak dekat subuh dia balik sebab aku suruh. Aku pesan barang2 yang aku tertinggal.

18 nov 2014 (ISNIN)

(pagi)

Doc check bukaan dah 3cm. Hasil dari aku mengiring ke kiri. Konon2 nak cepatkan bukaan. Katanya pukul 12 nanti kena masuk labour room. Masa tu suami aku dah sampai. Macam biasalah, masuk ubat kat bontot. Tapi aku tak berak pun. HAHAHAHA. tak ada kesan pun kat aku. Agaknya aku salah masuk kot. Lagipun aku baru lepas buang sebelum nurse dtg bagi ubat tu.

(tengahahari. 1PM)
Masuk labour room. Ada doc dan nurse. Doc ni muda lagi. Macam adik2 jee. Perempuan. Aku tak tahulah dia praktikal kee apa kan. Dia check bukaan. Tak silap aku, 3cm. Dia tunjukkan alat nak pecahkan terus air ketuban. Dia kata dah pecah yee "puan". Aku relak je sebab tak sakit. Diaorang nak induce aku. Guna cecair tu. Aku ok jee lagipun dah kira aku ni overdue lah kan. Dia kata setiap 4jam diorang check. Aku pulak rasa nak terkencing. Bila aku bgtahu nurse ingatkan dia nak bawa aku p tandas. Padahal sebelah katil aku jee..tapi dia guna tiub kat pundi kencing tu. Seksanya. Sebab kan pacai CTG..mana boleh buka pasang jee nanti tak dapat bacaan jantung baby. Last2 aku malas dah nak panggil nurse. Aku kencing jee kat atas plastik tadah air ketuban tu. Aku pun sebenarnya tak pasti aku nak terkencing kee tak. Tiap kali nak check bukaan doc nak cucuk dengan tiub suruh kencing. Mana tahan kot. Aku cakap, suami aku dah tolong aku tadi. Nurse kata kenapa tak panggil saya, panggil dia???.. hahahaha..memang taklaaa....

4PM

Doc lain pulak check bukaan. Masih perempuan. Dia kata masih 3.5cm. Apa???.. ehhh..bila aku nak bersalin ni?.. sakit pun belum lagi. Rupanya kalau keluar air ketuban memang tak sakit. Nurse tanya ada sakit tak. Dia bagi tambah induce tu banyak sikit. Aku cuma rasa baby mengeras. Tapi bukan sakit. Nurse asyik tanya nak ubat tahan sakit. Aku tak sakit nak ubat tahan sakit apanya...




bersambung... anakku dah bangun.. hehehehehehehe

Anak Kedua

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog kan.. aku ingat last aku update time aku mgandung.. sekarang anak aku pun dah lima bulan.. biasalah sibuk. Tengah kelam kabut dengan dua orang anak. Penat. Mungkin kenalah cari supplemen yang bagus. Aku ni ada gak try supplemen tapi macam tak sesuai laa.. maksudnya tak ada pun kesan pada badan aku. Sama jeee penatnya...

Sebelum aku tulis pengalaman lahirkan anak ke2  ni, mari layan gambar2 dulu...

Fresh from oven katanya..
awang aydan anaqi
abang dan adik
di rumah nenek teh sabak bernam
gambar feveret ni!
wajah tahun baru 2014
di KLIA
pindah sabah
dapat hadiah dari atok Johan.
Seiras kan. Kiri amsyar masa kecil..kanan aydan
Hyeeee...