Klik utk belanja Amsyar

Rabu, 23 April 2014

Pengalaman Kedua

16 NOV 2014 (SABTU)

Patutnya hari ni adalah duedate aku. Tapi aku belom rasa apa-apa lagi selain rasa ada cecair keluar dari faraj. Tapi air tu sikit sangat. Dan aku tak tahu sama ada tu air ketuban atau tak. Bila aku tanya doc, dia cakap air ketuban keluar banyak disertai bunya 'pop'. Dan, aku sebenarnya tengah tunggu lendir berdarah tu. Itu pengalaman mak aku. Manalah tahu aku pun sama. Sebelum tu, khamis aku ada temujanji dengan Doc Mimi di KPMC. Dia kata servik aku dah lembut. Bagus dan baby dah kat bawah. Bukaan 1.5cm katanya. Macam biasa tunggu sakit. Tapi sampai hari ni sakit memang tak ada. Bagaimana?.

17 NOV 2014 (AHAD)

Parent in law dah ada kat rumah sejak 14 Nov lagi. Baguslah diorg datang awal. Boleh tengok-tengokkan amsyar. Tak la aku risau sangat. Sebenarnya lagi selesa di rumah sendiri. Mainan dia sendiri. Nak tgk BabyTv so dia tak adalah teringat aku sangat kan. Tapi aku berdebar juga nak berpisah dengan amsyar. Aku harap Allah kuatkan hati aku. Aku takut aku menangis rindukan dia. Aku doa semoga cepat aku bersalin boleh terus balik jumpa amsyar. Aku selalu doa supaya aku bersalin awal pagi. Supaya esoknya aku boleh balik. Taklah lama sangat aku kat hospital kan. Ahad tu aku ng PIL, suami  n amsyar pergi tesco kajang. Biasalah tu mmg tempat feveret kami sbb macam2 ada. FIL aku mmg suka p sana. Apa yang dia nak cari semua ada. Kalau tempat lain dia tak berapa suka sangat.

Aku dari tengahri tu, masa tengah tolong MIL masak. Tiba-tiba rasa ada air macam air kencing laju je keluar. Tapi kalau air kencing kita boleh tahan kan nak keluar ni mmg tak leh tahan. Laju je dan panas. Aku p toilet. Air ni jernih n tak ada bau. Kalau air kencing kita tahulah kan. Aku buat tak tahu je. Tapi dalam hati macam cuak-cuak juga. Pakai pad. Sebelum pergi Tesco sempat aku masukkan pad lagi dalam beg. Yang peliknya sekejap jee dah penuh pad aku. Penuh air. Dalam tesco tu aku dah tak ada mood nak jalan dan cari barang. Aku duduk dan p toilet. Tukar pad. Lepas tu penuh lagi. Ehh..kenapa ni?.

Aku ada cerita dengan MIL aku. Tapi pengalaman dia keluar darah macam mak aku juga. So dia tak tahu. Dia kata mungkin baby dah kat bawah so aku tak leh kawal kencing. Aku pun macam tak bersedia nak pi hospital. Malam tu, nak jadi cerita, black out pula. Yang kelakarnya, MIL aku masak sambal ikan bilis dengan petai. Bayangkan makan dengan ditemani lampu lilin je. Mana aku nampak petai tu. Aku bedal je. Hahaha. Selepas makan, aku, suami dan amsyar duduk-duduk kat koridor. Masa ni aku still pakai pad. Sebab panas kan. Tak ada elektrik. Aku pun pergi toilet nak tukar pad. Tiba-tiba aku rasaada air meleleh laju kat peha..jatuh kat betis aku. Jernih dan panas jee airnya. Aku macam pelik. Air apa ni?. Aku call makcik aku. Dia ni nurse ibu bersalin. Dia cadangkan ke hospital cepat. Itu air ketuban agaknya. Takut baby lemas!!. Dah lah black out. Aku ketuk pintu bilik PIL aku. Cakap apa yang berlaku. Nasib barang-barang aku dah kemas. Tinggal yang sikit2 jee. MIL aku risau sebab balckout lagi. Kan rumah aku tingkat 12. Kena guna lif. Kalau tak ada elektrik kena turun guna tanggalah jawabnya.

Mungkin berkat doa MIL aku kan, bila aku nak p jee..tiba-tiba ada balik elektrik. Lega MIL aku. Aku cium amsyar. Nak menangis juga la masa tu. Aku cakap esok ibu balik. Wahhh macam kompident jee kan. Tapi aku harap aku bersalin pagi tu. Sebab aku nak balik cepat bawa adik jumpa abang.

Sampai Hospital, aku terus daftar. Ada seorang nurse ni macam kerek sikit. Dia cakap apasal tak datang petang tu terus. Aku cakap aku tak tahu tu air ketuban. Orang sekeliling aku pun tak tahu. Macam biasalah, kena ambiil air kencing. Yang lawaknya, kan aku TERmakan petai, habis satu toilet bau petai.. HAHAHAHAHAHA.. nasiblah. Nak buat macammna dah termakan kan. Siapa suruh tak ada elektrik time aku nak beranak. Doc nak check bukaan n pastikan betul kee tu air ketuban. Prosesnya macam nak tgk bukaan faraj tu la. Doc kata mungkin btl air ketuban. Bukaan aku 1.5cm. So kena tahan wad. Aku beritahu suami aku yang aku kena tahan wad. Bersalin tak tahu bila. Aku langsung tak rasa sakit ke apa. Harap2 adalah sakit.

Aku masuk wad. Ada cina, melayu dua orang. Sorang tu dah bersalin czer tapi macam tumpah darah kot. Yang sorang tu katanya baru 34week tapi kena induce. Aku masa tu tak selesa sebab air ketuban tu. Nasib kat katil ada lapik kan. Berulang-ulang kali aku p toilet tular pad. Tapi aku rasa macam rugi jee. Sebab cepat nau penuhnya. Last2 aku decide tak payah lah pakai pad. Biarlah air ketuban tu. Lagipun pad aku tinggal sikit jee ni. Karang macam mana pulak. Aku call suami aku. Kesiannya dia. Dia tunggu dalam kereta. Tidur pun dalam kereta. nak dekat subuh dia balik sebab aku suruh. Aku pesan barang2 yang aku tertinggal.

18 nov 2014 (ISNIN)

(pagi)

Doc check bukaan dah 3cm. Hasil dari aku mengiring ke kiri. Konon2 nak cepatkan bukaan. Katanya pukul 12 nanti kena masuk labour room. Masa tu suami aku dah sampai. Macam biasalah, masuk ubat kat bontot. Tapi aku tak berak pun. HAHAHAHA. tak ada kesan pun kat aku. Agaknya aku salah masuk kot. Lagipun aku baru lepas buang sebelum nurse dtg bagi ubat tu.

(tengahahari. 1PM)
Masuk labour room. Ada doc dan nurse. Doc ni muda lagi. Macam adik2 jee. Perempuan. Aku tak tahulah dia praktikal kee apa kan. Dia check bukaan. Tak silap aku, 3cm. Dia tunjukkan alat nak pecahkan terus air ketuban. Dia kata dah pecah yee "puan". Aku relak je sebab tak sakit. Diaorang nak induce aku. Guna cecair tu. Aku ok jee lagipun dah kira aku ni overdue lah kan. Dia kata setiap 4jam diorang check. Aku pulak rasa nak terkencing. Bila aku bgtahu nurse ingatkan dia nak bawa aku p tandas. Padahal sebelah katil aku jee..tapi dia guna tiub kat pundi kencing tu. Seksanya. Sebab kan pacai CTG..mana boleh buka pasang jee nanti tak dapat bacaan jantung baby. Last2 aku malas dah nak panggil nurse. Aku kencing jee kat atas plastik tadah air ketuban tu. Aku pun sebenarnya tak pasti aku nak terkencing kee tak. Tiap kali nak check bukaan doc nak cucuk dengan tiub suruh kencing. Mana tahan kot. Aku cakap, suami aku dah tolong aku tadi. Nurse kata kenapa tak panggil saya, panggil dia???.. hahahaha..memang taklaaa....

4PM

Doc lain pulak check bukaan. Masih perempuan. Dia kata masih 3.5cm. Apa???.. ehhh..bila aku nak bersalin ni?.. sakit pun belum lagi. Rupanya kalau keluar air ketuban memang tak sakit. Nurse tanya ada sakit tak. Dia bagi tambah induce tu banyak sikit. Aku cuma rasa baby mengeras. Tapi bukan sakit. Nurse asyik tanya nak ubat tahan sakit. Aku tak sakit nak ubat tahan sakit apanya...




bersambung... anakku dah bangun.. hehehehehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan