Klik utk belanja Amsyar

Isnin, 19 Disember 2016

I NEED HOLIDAY !! (Traveloka Online Contest)

Tempat impianku, LANGKAWI Sumber GOOGLE


Sejak dari dulu lagi aku paling teringin nak ke Langkawi. Kenapa Langkawi?. Sebab aku suka coklat. Hahahaha.. tidak la, sebabnya aku memang tak pernah lagi sampai ke Langkawi. Cuma dengar dari kawan kawan dan saudara yang pernah sampai ke sana. Agaknya, macam mana lah Langkawi tu kan?

Yang paling aku nak sangat pergi adalah Makam Mahsuri. Aku memang suka melihat sejarah sejarah seperti ini. Dari dulu lagi aku minat sangat mengetahui cerita yang berkaitan dengan Mahsuri. Alangkah seronoknya bila aku sendiri dapat menjejakkan kaki ke tempat bersejarah ini.
Rumah MAHSURI Sumber GOOGLE
Makam Mahsuri Sumber GOOGLE
Jadi bila #MyTravelokaEscapade menganjurkan peraduan ni, terus terlintas di minda aku, LANGKAWI. Kenapa aku pilih Langkawi?. Bukan tempat tempat menarik di luar negara?. Sebab aku sangat kagum dengan keunikkan negara aku sendiri. Pendek cerita, aku jatuh cinta dengan tempat tempat menarik di Malaysia ni sampai aku tak teruja sangat untuk ke luar negara. Harus kenal sehabis habisnya negara sendiri baru boleh bawa cerita tempat tempat menarik ke luar negara.

Selain dari Makam Mahsuri, aku nak sangat merasai naik Kereta Kabel Langkawi. Kiranya aku nak cabar diri aku sebab aku ni jenis gayat. Kata orang gondolanya agak menggerunkan berbanding di Genting Highlands. Kalau dapat yang berlantai kaca, mahu tutup mata aku sepanjang perjalanan. Hehehe...
Sumber GOOGLE
Kalau dah naik Kereta Kabel Langkawi, haruslah ke SkyBridge kan. Ni pun gayat juga ni. Tapi kalau dapat peluang dari #MyTravelokaEscapade aku redah je. Ingat senang nak sampai sini? *kira duit dalam tabung
Sumber GOOGLE
Banyak lagi lah tempat tempat menarik di Langkawi yang aku teringin sangat nak pergi. Kalau nak kira duit kat bank, memang kena simpan lagi lah impian aku ni. Tapi kalau ada rezeki dengan #MyTravelokaEscapade ni memang aku tak lepaskan peluang.

Selain dari tempat tempat di atas ni, aku suka Langkawi kerana banyak pulau pulau yang menarik seperti Pulau Cenang, Pulau Tanjung Rhu, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorak, Pulau Payar Marine Park, Pulau Beras Basah, dan air terjun seperti Air Terjun Telaga Tujuh dan Air Terjun Temurun. Tak lupa, Tasik Dayang Bunting. Wajib pergi ok!

Selain dari shopping pinggan mangkuk dan periuk belanga untuk perempuan suka memasak macam aku ni.. (tangan dibahu mata keatas..sangat) maka haruslah ke Langkawi selain memborong coklat bagi menggemukkan lagi badan.

Jadi kalau korang yang ada destinasi impian korang, bolehlah joint contest #MyTravelokaEscapade mana lah tahu korang pun boleh menang sambil rehat rehatkan minda dan mencari pengalaman baru ye tak?


LANGKAWI!! TUNGGU AKU DATANG YEEE...

(Kalau menang laaa.. kalau tak tunggu duit tabung aku penuh lagi sepuluh buah)